mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Keadilan organisasi dalam pengurusan perubahan: Satu kemestian

Yusof, Ab. Aziz (2001) Keadilan organisasi dalam pengurusan perubahan: Satu kemestian. Jelapang, 2 (2). pp. 1-12.

[thumbnail of Ab._Aziz_Yusof.pdf]
Preview
PDF
Download (437kB) | Preview

Abstract

Keadilan ialah prinsip, tunjang dan tunggak yang akan menjamin keberkesanan dan kejayaan dalam setiap perubahan yang dilaksanakan oleh pengurus dalam organisasi. Aspek keadilan perlu dijunjung tinggi oleh setiap pengurus yang ingin memastikan kejayaan di sebalik setiap perubahan yang bakal atau sedang dilakukan. Pengurus perlu prihatin kerana isu-isu keadilan bersifat sejagat yang melangkaui sempadan bangsa, jantina, hirarki dan jabatan. Pengurus perlu memberi perhatian terhadap aspek ini kerana organisasi yang meletakkan keadilan di tempat yang sewajarnya akan berjaya meruntuhkan termbuk perkauman, diskriminasi dan prejudis. Justeru, ketidaksehaluan dan prasangka pengurus terhadap segolongan pekerja tidak sepatutnya menjurus mereka berlaku tidak adil. Ini adalah kerana keadilan organisasi merupakan aset milikan bersama yang perlu dibangun, dipelihara dan diagih secara saksama. Keadilan yang terserlah akan membolehkan pengurus bertindak secara lebih fleksibel, terbuka dan telus dalam mengharungi arus perubahan yang akan mempengaruhi kelebihan kompetitif organisasi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: change management
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Prof. Madya Ab Aziz Yusof
Date Deposited: 28 Sep 2010 10:22
Last Modified: 28 Sep 2010 10:23
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/450

Actions (login required)

View Item View Item