mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tinjauan pengetahuan pengurus HR tentang sumber pengambilan pekerja berkualiti

Tang, Swee Mei and Lim, Kong Teong (2004) Tinjauan pengetahuan pengurus HR tentang sumber pengambilan pekerja berkualiti. In: Seminar Sosio Ekonomi dan IT Ke-2, 11-12 August 2004, Hotel Holiday Villa, Alor Setar Kedah. (Unpublished)

[thumbnail of Ta.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (242kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan menyelidik tahap pengetahuan pengurus sumber manusia terhadap sumber pengambilan pekerja berkualiti khususnya pekerja peringkat pengurusan. Sumber pengambilan pekerja dalam kajian ini merangkumi dua aspek iaitu sumber perekrutan dan sumber pemilihan pekerja. Soal selidik telah dihantar kepada pengurus sumber manusia atau personel firma tersenarai di papan pertama Bursa Saham Kuala Lumpur. Seramai 67 orang (13.2%) responden terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati sumber perekrutan luaran seperti iklan surai khabar dan resume merupakan dua sumber yang diketahui secara agak terperinci oleh responden. Bagi perekrutan dalaman pula, rujukan pekerja merupakan sumber yang banyak diketahui oleh responden. Sementara sumber pemilihan calon pekerjaan pengurusan dari luar organisasi yang secara puratanya diketahui secara agak terperinci oleh responden adalah seperti resume dan surat iringan, borang permohonan, temu duga awal, pemeriksaan perubatan, semakan rujukan, dan temu duga berstruktur. Antara sumber pemilihan yang digunakan untuk memilih calon pekerjaan pengurusan secara dalaman yang banyak diketahui oleh responden ialah penilaian prestasi. Secara amnya didapati pengetahuan responden terhadap sumber pengambilan pekerja agak terhad dan kurang terdedah kepada sumber lain yang lebih inovatif dan berkesan bagi memdapatkan pekerja yang berkualiti dan yang dapat menunjukkan prestasi kerja yang tinggi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 28 Dec 2011 03:53
Last Modified: 28 Dec 2011 03:53
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/4524

Actions (login required)

View Item View Item