mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Keberkesanan transit aliran ringan dalam menangani kesesakan lalulintas di bandaraya Kuala Lumpur: satu realiti atau impian?

Marzuki, Mazdi (2001) Keberkesanan transit aliran ringan dalam menangani kesesakan lalulintas di bandaraya Kuala Lumpur: satu realiti atau impian? Jurnal Pembangunan Sosial, 3. pp. 51-64. ISSN 1394-6528

[thumbnail of Mazdi_Marzuki.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Pengangkutan merupakan satu komponen yang boleh dijadikan pemangkin pembangunan ekonomi di sesebuah negara. Pengenalan mod pengangkutan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Bandaraya Kuala Lumpur berkait rapat dengan proses pembangunan ekonomi dan menangani masalah ketidak berkesanan perkhidmatan pengangkutan awam. Masalah kesesakan lalulintas yang serius di Kuala Lumpur sejak dekad 70'an sehingga kini telah menyebabkan kerajaan berusaha untuk memperkenalkan pengangkutan awam mengunakan rel di Malaysia. Keberkesanan sistem transit dalam menangani kesesakan lalulintas di bandaraya terutama di Singapura telah membuah idea kepada pihak kerajaan untuk memperkenalkan pengangkutan bandar ini di Kuala Lumpur. Projek LRT menelan perbelanjaan yang besar kepada pemaju iaitu STAR dan PUTRA bagi mempastikan kejayaan pengangkutan ini menangani kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur. Kertas ini bertujuan menilai kejayaan dan keberkesanan LRT dalam menangani kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur setelah Lima tahun perkhidmatan. Bahagian pertama akan memberi huraian berkenaan dengan sejarah LRT laluan perkhidmatan LRT dan sistem STAR dan PUTRA. Bahagian kedua pula akan meninjau kemampuan LRT menangani kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur dengan memfokus kepada penerimaan masyarakat terhadap pengangkutan ini, masa penggunaan LRT penguna LRT berdasarkan jantina, pengangkutan yang digunakan sebelum menggunakan LRT dan persepsi masyarakat terhadap LRT. Kertas ini diakhiri dengan cadangan yang difikirkan dapat dipraktikkan oleh pihak STAR dan PUTRA untuk menggalakkan masyarakat bandar menggunakan LRT.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: public transportation, light rail transit system, Kuala Lumpur
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 26 Jul 2010 09:19
Last Modified: 26 Jul 2010 09:19
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/463

Actions (login required)

View Item View Item