UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Perisian pengurusan projek: Suatu cadangan perancangan penyusunan aktiviti dalam perspektif pengajaran dan pembelajaaran di Malaysia


Mohd Nawi, Mohd Nasrun and Musa, Suria and Ibrahim, Amlus and Mohd Shaharanee, Izwan Nizal and Mohd Kamil, Jastini (2008) Perisian pengurusan projek: Suatu cadangan perancangan penyusunan aktiviti dalam perspektif pengajaran dan pembelajaaran di Malaysia. Journal of Technology and Operations Management , 3 (1). pp. 99-110. ISSN 1823-514X

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (171kB)

Abstract

Microsoft Project adalah satu perisian komputer yang membantu menyusun segala aktiviti kerja secara sistematik dan tersusun. Selaras dengan arus perubahan yang dibawa oleh pelan perancangan K-ekonomi serta pelaksanaan pelan tindakan Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010) telah membawa Malaysia mengorak langkah kepada pendekatan baru dalam kaedah pengajaran dun pembelajaran yang lebih efektif dan sempurna. Secara ringkas,K-ekonomi dikaitkan dengan pembangunan ICT atau teknologi komputer dan internet yang dikatakan mewujudkan suatu perubahan dalam era pembelajaran dan diyakini dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul sebelum, semasa dan cabaran-cabaran akan datang yang lebih kompleks dan kompetitif. Kertas kerja ini cuba mencadangkan kaedah pengurusan aktiviti kokurikulum pelajar dengan lebih berkesan melalui penggunaan perisian 'Microsoft Project' dalam mensistematikkan lagi penyusunan aktiviti pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Aplikasi perisian ini yang telah dimanipulasi dalam kursus pengurusan projek diyakini dapat memberi era perubahan baru bagi organisasi pendidikan di negara ini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Perisian pengurusan projek, microsoft project, teknologi komputer, pendidikan kokurikulum.
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 25 Feb 2012 04:13
Last Modified: 26 Apr 2016 06:26
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/4960

Actions (login required)

View Item View Item