mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Analisis pilihan raya: Model keperluan gabungan kuasa dan kemenangan majoriti

Awang, Saadon (2008) Analisis pilihan raya: Model keperluan gabungan kuasa dan kemenangan majoriti. In: Seminar Politik Malaysia, 28-30 Oktober 2008, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Jalan UMS.

[thumbnail of Saa.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (307kB)

Abstract

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 telah memberi satu dimensi baru kepada lanskap politik Malaysia. Parti pemerintah yang secara tradisi menguasai majoriti besar dalam hampir semua pilihan raya sebelum ini telah mendapat satu cabaran baru apabila kemenangan secara tradisi itu bukan sahaja dikurangkan, malahan hampir dinafikan. Beberapa negeri turut tumbang atau tidak dapat dikuasai oleh parti pemerintah Kerajaan Pusat.Kertas ini cuba menjelaskan keperluan wujudnya gabungan parti politik dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia dan kemenangan berdasarkan majoriti manakah yang boleh menjamin kestabilan sesebuah kerajaan yang dibentuk. Kertas berbentuk perbincangan konsep ini mengutarakan Model Keperluan Gabungan Kuasa dun Kemenangan Majoriti untuk menunjukkan hubungan antara kedua-dua angkubah.Penghubung (moderator) kepada hubungan ini ialah melalui faktor 6C iaitu Coalition, Cooperation, Compromise, Conspiracy, Contingency dan Consequences. Coalition menjadi asas kepada matlamat untuk mendapatkan kuasa, manakala Cooperation dan Compromy menjadi kaedah perlaksanaan kepada kuasa dengan Conspiracy dan Contingency menjadi alternatif kepada perlaksanaan itu apabila kuasa yang diperoleh itu tergugat. Semua ini hanya dapat dilakukan dengan berasaskan pada sejauh mana pihak yang memegang kuasa (memerintah) itu memegang kuasa majoriti melalui mandat yang diberikan kepada mereka.Kesan-kesan ini dijelaskan melalui faktor Consequences. Adalah diharapkan model ini akan menjadi panduan kepada parti-parti politik dan pihak-pihak yang berkenaan dalam merangka strategi dan percaturan ke arah mendapat kemenangan dan mencapai matlamat berada di tampak kuasa pemerintahan negara pada masa hadapan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 9789673052363 Anjuran: Universiti Teknologi MARA Sabah, Institut Kualiti & Pengembangan Ilmu (InQKA).
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 25 Feb 2012 07:08
Last Modified: 25 Feb 2012 07:08
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/4984

Actions (login required)

View Item View Item