UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Persepsi faktor mempengaruhi kesetiaan pekerja bukan pengurusan


Ismail, Zakaria and Mohd Makhbul, Zafir (2000) Persepsi faktor mempengaruhi kesetiaan pekerja bukan pengurusan. Utara Management Review, 1 (1). pp. 33-41. ISSN 1511-7170

[img]
Preview
PDF
Download (926kB) | Preview

Abstract

Kertas ini membincangkan persepsi faktor yang mempengaruhi kesetiaan pekerja peringkat buka pengurusan kepada organisasi. Penyelidikan yang berbentuk tinjauan ini dijalankan di sebuah firma pembuatan. Soal selidik telah diedarkan kepada 100 orang sampel kajian yang terdiri daripada pekerja peringkat bukan pengurusan firma berkenaan. Antara penemuan utama dalam kajian ini secara keseluruhannya faktor organisasi berada di tahap yang memuaskan, manakala faktor ganjaran mencukupi dan adil berada di tahap yang agak rendah. Tahap kesetiaan responden pula sederhana. Analisis korelasi Pearson menunjukkan faktor latihan dan pembangunan kerjaya mempunyai hubungan paling signifikan dengan kesetiaan kepada organisasi. Faktor ganjaran mencukupi dan adil serta hak pekerja dalam organisasi juga mempunyai hubungan signifikan dengan kesetiaan. hanya faktor persekitaran tempat kerja yang selesa dan integrasi sosial dalam organisasi tidak mempunyai hubungan yang signifikan. kajian ini juga mendapati perbezaan yang signifikan dalam kesetiaan kepada organisasi antara kumpulan pekerja mengikut umur, pendapatan, dan tempoh perkhidmatan. faktor lain seperti tahap pendidikan dan jantina tidak memberi apa-apa perbezaan dalam kesetiaan kepada organisasi.

Item Type: Article
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 10 Aug 2010 00:39
Last Modified: 10 Aug 2010 00:39
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/500

Actions (login required)

View Item View Item