Ismail, Azman and John, Cindy and Mohd Shariff, Mohd Noor and Ajis, Mohd Na'eim and Dollah, Noor Faizah
(2011)
Interaksi antara kepuasan kerja dengan sikap terhadap wang sebagai peramal kepada keinginan untuk berhenti kerja secara sukarela.
International Journal of Management Studies (IJMS), 18 (1).
pp. 239-267.
ISSN 0127-8983
Abstract
Tujuan utama kajian ini dilaksanakan untuk mengukur kesan kepuasan kerja dan sikap terhadap wang ke atas keinginan untuk berhenti kerja secara sukarela.Kaedah soal selidik telah digunakan untuk mengumpul 140 borang soal selidik daripada pekerja yang berkhidmat di sebuah penguasa tempatan
bertaraf bandaraya di Sabah, Malaysia.Keputusan analisis regresi hierarki menunjukkan dua dapatan penting: pertama, interaksi di antara kepuasan kerja intrinsik dan sikap terhadap wang mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan pekerja untuk berhenti kerja.Kedua, interaksi
diantara kepuasan kerja ekstrinsik dan sikap terhadap wang mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan pekerja untuk berhenti kerja secara sukarela.Keputusan ujian statistik ini menunjukkan bahawa sikap positif terhadap wang di kalangan pekerja yang mempunyai kepuasan kerja intrinsik berupaya menghalang hasrat mereka untuk berhenti kerja secara sukarela.Manakala, sikap positif terhadap wang di kalangan pekerja yang mempunyai kepuasan kerja ekstrinsik tidak berupaya menghalang hasrat mereka untuk berhenti kerja secara sukarela.Dapatan kajian mengesahkan bahawa sikap terhadap wang hanya bertindak sebagai pemboleh ubah penyederhana separa dalam model kepuasan kerja dalam organisasi kajian.Selanjutnya, perbincangan dan implikasi kajian turut dihuraikan.
Actions (login required)
 |
View Item |