mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Sikap dan jangkaan masyarakat terhadap Wawasan 2020

Sakdan, Mohd Fo'ad and Marzuki, Najib Ahmad and Mustaffa, Che Su and Ariffin, Mohd Taib (1997) Sikap dan jangkaan masyarakat terhadap Wawasan 2020. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of MOHD._FOAD_SAKDAN_-_Sikap_Dan_Jangkaan_Masyarakat_Terhadap_Wawasan_2020_(1997).pdf] PDF
Download (4MB)

Abstract

Wawasan 2020 merupakan satu agenda utama negara yang dibentuk bagi merencanakan negara ke arah negara maju dengan acuannya tersendiri . Sebagai satu gagasan yang ulung, maka tinjauan sikap dan jangkaan masyarakat terhadap wawasan ini dianggap signifikan sebagai asas menilai kesediaan masyarakat menyahut kesembilan-kesembilan cabaran yang diutarakan oleh wawasan ini.Seramai 2196 orang daripada pelbagai kategori telah dijadikan sampel yang mencakupi seluruh Semenanjung Malaysia. Hasil kajian ini umumnya boleh dibahagikan kepada tiga. Pertama masyarakat secara umumnya tanpa mengira bangsa, pendapatan mahupun pendidikan menerima wawasan ini sebagai satu agenda yang perlu dihayati dan diyakini akan matlamatnya. Kedua masyarakat juga dengan jelas mempunyai sikap dan jangkaan yang cabaran-cabaran di dalam wawasan 2020 ini mampu dicapai. Ketiga adalah mengenai penilaian halangan serta kekuatan yang dimiliki oleh negara dalam usaha mencapai wawasan. Dalam hal ini kebanyakan responden melihat politik pelbagai parti (politik perkauman) yang ada sekarang dan pengagihan kekayaan sebagai eleman kelemahan utama yang mungkin menjadi penghalang kepada tercapainya cita-cita wawasan 2020.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Mohd. Foad Sakdan
Date Deposited: 18 Feb 2014 04:43
Last Modified: 18 Feb 2014 04:43
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5152

Actions (login required)

View Item View Item