UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Prospek keusahawanan luaran (exopreneurship) di kalangan siswaniaga Universiti Utara Malaysia


Abdul Jabbar, Hijattullah and Yusof, Ab. Aziz and Kamso, Siti Maimon and Saidin, Siti Zabedah (2000) Prospek keusahawanan luaran (exopreneurship) di kalangan siswaniaga Universiti Utara Malaysia. In: Seminar Peluang Penyegaran Semula Syarikat Melalui Keusahawanan Korporat UUM 2000, 27-28 Mac 2000, Pusat Konvensyen UUM. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat prospek keusahawanan luaran di kalangan pelajar yang mengikuti program Siswaniaga Universiti Utara Malaysia. Hasil kajian mendapati tiga (3) faktor utama mencetus keusahawanan luaran iaitu universiti dalam bidang pengurusan, idea baru dan pemintaan terhadap perkhidmatan/barangan.Sementara itu, faktor kejayaan terpenting usahawan luaran adalah pulangan yang baik, komitmen dan pengesanan peluang selanjutnya. Manakala faktor utama kegagalan pula adalah kos yang tinggi, kepemimpinan usaha sama dan reka bentuk barang yang kurang menarik serta sumber kewangan yang terhad.Di samping itu, dapatan juga mendapati tiga (3) peranan utama yang perlu dimainkan oleh UUM jika mahu meningkatkan keusahawanan luaran.Faktor-Faktor yang dimaksudkan ialah menyediakan kemudahan kewangan, menambahkan premis pemiagaan dan, menyediakan khidmat nasihat dan perundingan. Ujian perbezaan ke atas kelima-lima faktor manfaat, pencetus, kejayaan, kegagalan dan peranan hanya menunjukkan perbezaan respons yang ketara ke atas faktor kejayaan sahaja dari aspek potensi alumni siswaniaga. Ujian perbezaan juga telah dijalankan ke atas faktor manfaat dengan profil diri dan perniagaan responden.Namun hanya tahun pengajian menunjukkan perbezaan respons yang ketara. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan 85% responden berminat menjadi usahawan luaran dan amat memberangsangkan apabila 94.3% pelajar siswaniaga yakin bahawa bekas siswaniaga akan berjaya sebagai usahawan luaran.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Dianjurkan oleh Sekolah Pengurusan Universiti Utara Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: College of Business
Depositing User: PM Dr. Hijattulah Abdul Jabbar
Date Deposited: 06 Mar 2012 14:01
Last Modified: 06 Dec 2016 07:31
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/5221

Actions (login required)

View Item View Item