mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Suara isteri yang hidup dengan HIV/AIDS dan kematian suami disebabkan AIDS: Kajian kes di negeri Kedah, Malaysia

Md. Zain, Rajwani and Ismail, Baba and Azman, Azlinda (2009) Suara isteri yang hidup dengan HIV/AIDS dan kematian suami disebabkan AIDS: Kajian kes di negeri Kedah, Malaysia. In: Malaysia National Conference on HIVIAIDS: Prevention, care and sustainability, 3 - 4 Disernber 2009, Hard Rock Hotel , Penang. (Unpublished)

[thumbnail of Rajwa.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (984kB)

Abstract

Bilangan wanita yang dijangkiti HIV terus meningkat di seluruh dunia dan kebanyakan jangkitan adalah melalui aktiviti seksual. Wanita (isteri) berisiko dijangkiti kerana ketidakupayaan mereka untuk menolak daripada melakukan hubungan seks atau mengadakan hubungan seks selamat dengan suami. Kajian yang berkaitan isu isteri yang telah dijangkiti HIV/AIDS dan kematian suami disebabkan AIDS telah dijalankan di negeri Kedah, Malaysia. Objektif utama kajian ini ialah menerokai kesan HIVIAIDS ke atas kaum wanita. Temubual telah dijalankan ke atas tujuh wanita yang telah dijangkiti HIV/AIDS daripada suami masing-masing. Semua subjek yang terlibat tinggal di kawasan karnpung di negeri Kedah. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam proses menganalisis data. Hasil kajian mendapati terdapat empat tema utama iaitu; stigma dan diskriminasi, daya tindak, kematian dan penjagaan. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan subjek menderita disebabkan stigma dan diskriminasi, diasingkan, dihina oleh ahli keluarga dan masyarakat menyebabkan mereka juga mengasingkan diri disebabkan status HIV mereka. Isu penjagaan dan kewangan juga wujud selepas kematian suami disebabkan kebanyakan mereka tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan.Kajian ini juga telah mencadangkan beberapa langkah bertujuan memberikan sokongan dan bantuan kepada wanita untuk lebih proaktif berdepan dengan status HIV mereka.Pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlu bekerjasama mengurangkan isu stigma dan diskriminasi, meningkatkan perkhidmatan kesihatan dan sosial di kawasan utara Malaysia khususnya di kawasan yang dikenalpasti terdapat peningkatan bilangan wanita yang dijangkiti HIV.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: isteri dan HIV, stigma dan diskriminasi, daya tindak, kematian dan penjagaan.
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 21 Mar 2012 01:05
Last Modified: 21 Mar 2012 01:05
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5321

Actions (login required)

View Item View Item