UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Isu gender dalam kalangan isteri orang hidup dengan AIDS (OHDA)


Md. Zain, Rajwani (2011) Isu gender dalam kalangan isteri orang hidup dengan AIDS (OHDA). In: National Conference of Social Science UNIMAS 2011: Develop Towards Sustainable Future, 20-21 April 2011, Universiti Malaysia Sarawak. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (160kB)

Abstract

Jangkitan HIV/AIDS bukan hanya memberi kesan dalam aspek fisiologi kepada penghidapnya, malah turut memberi kesan dalam aspek psikososial. Manakala kesan psikososial pula bukan hanya dialami oleh pesakit tetapi turut dirasai oleh ahli keluarga terdekat sama ada pasangan, anak-anak dan ibubapa. Kajian ini dijalankan bagi meneroka isu-isu berkaitan gender dalam kalangan isteri (sebagai penjaga)kepada orang yang hidup dengan AIDS (OHDA). Kaedah pengumpulan data melalui temubual telah dijalankan ke atas tujuh orang isteri OHDA sebagai responden kajian, manakala analisis secara kualitatif telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan beberapa isu gender yang dikenal pasti dialami oleh responden ialah kebergantungan kepada ahli keluarga, perubahan peranan sebagai ketua keluarga, hak membuat keputusan dan perasaan terhadap suami (rasa dikhianati). Kebergantungan kepada keluarga dalam aspek kewangan berlaku terutama apabila OHDA terlibat dengan penagihan dadah dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Manakala perubahan peranan berlaku bagi OHDA yang mengalami ketagihan serius serta jangkitan HIV/AIDS pada peringkat kritikal. Responden turut menganggap mereka tiada hak membuat keputusan terutama untuk tidak mengadakan hubungan seks dengan suami. Berdasarkan dapatan tersebut beberapa cadangan cuba dikemukakan antaranya ialah wanita berkenaan perlu diberikan pendidikan terutama hak mereka sebagai individu dan isteri. Manakala pekerja sosial juga perlu menjalankan intervensi yang sesuai bagi membantu golongan tersebut sama ada secara individu, keluarga dan kelompok.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: HIV/AIDS, gender, psikososial, pekerja sosial
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
R Medicine > RA Public aspects of medicine
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 21 Mar 2012 01:01
Last Modified: 21 Mar 2012 01:01
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/5329

Actions (login required)

View Item View Item