Md. Zain, Rajwani and Baba, Ismail and Azman, Azlinda (2009) Berhadapan isu kematian: Pengalaman dalam kalangan ahli keluarga orang yang hidup dengan AIDS (OHDA). In: Social Science Postgraduate National Seminar '09 (SSPNS'09), 28-29 Oktober 2009, Gurney Hotel, Pulau Pinang. (Unpublished)
PDF
Restricted to Registered users only Download (912kB) |
Abstract
Kematian sering dikaitkan dengan perasaan sedih dan kehilangan dalam kalangan ahli keluarga si mati. Namun bagi kes kematian yang berpunca daripada HIV/AIDS terdapat pelbagai reaksi dalam kalangan ahli keluarga apabila berhadapan dengan isu tersebut. Kajian yang dilakukan ini bertujuan menerokai pengalaman (perasaan) yang dilalui oleh ahli keluarga yang menjaga dan tinggal bersama OHDA sehingga kematianya, serta proses yang dilalui sebelum menerima kematian OHDA. Kajian yang dilakukan di negeri Kedah ini melibatkan sepuluh orang responden sebagai subjek kajian. Pengumpulan data menggunakan kaedah temubual seterusnya dianalisis melalui kaedah kualitatif. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan dalam kalangan isteri atau ibu OHDA dari aspek perasaan ketika menghadapi kematian OHDA dan setelah kematian, malah kesedihan bukan merupakan reaksi utama apabila berhadapan dengan kematian tersebut terutama bagi isteri OHDA. Daya tindak yang dilakukan oleh ibu atau isteri OHDA juga berbeza. Hasil dari kajian ini juga mengemukakan cadangan terutama berkaitan peranan pekerja sosial dalam usaha membantu dan memberikan sokongan kepada mereka yang hidup dengan AIDS serta ahli keluarga.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 25 Mar 2012 01:59 |
Last Modified: | 25 Mar 2012 01:59 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5334 |
Actions (login required)
View Item |