mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Perolehan latihan kemahiran kontraktor binaan bumiputera negeri Kedah

Salleh, Dani (1999) Perolehan latihan kemahiran kontraktor binaan bumiputera negeri Kedah. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of DANI_SALLEH_-_Perolehan_Latihan_Kemahiran_Kontraktor....(1998).pdf] PDF
Download (1MB)

Abstract

Pemulihan ekonomi negara lewat dekad 80-an telah menggalakkan pertumbuhan ekonomi meskipun berlaku dalam kadar yang perlahan. Perkembangan ini telah memberikan kesan yang besar kepada pertumbuhan sektor-sektor utama ekonomi negara. Di samping perubahan struktur asas ekonomi negara yang semakin mantap semenjak Dasar Ekonomi Baru dilancarkan (1971), asas pertumbuhan ekonomi negara telah mencakupi pelbagai sektor perindustrian di samping pengukuhan di sektor pertanian. Keadaan ini secara tidak langsung telah merangsang pertumbuhan di kebanyakan sektor utama negara di samping peningkatan di dalam jumlah pembangunan untuk program-program pembangunan awam. Salah satu sektor yang mengalami pertumbuhan kesan daripada perubahan ini ialah sektor binaan. Di dalam tempoh ini, sektor binaan telah mengalami pertumbuhan pesat kesan daripada perkembangan ekonomi negara yang semakin pulih. Di dalam tempoh tersebut, sektor binaan telah menjadi salah satu sektor penggerak dan penyumbang yang penting di dalam pertumbuhan ekonomi negara. Sektor binaan merupakan salah sebuah sektor yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan ia memainkan peranan penting dalam kebanyakkan sektor utama sesebuah negara di mana ia menyumbang dalam bentuk penyediaan modal tetap, perkhidmatan, kediaman dan lain-lain. Dari segi sumbangan fizikal, keluaran sektori binaan adalah besar, berat dan mahal serta tidak boleh dipindah ataupun bergerak. Ia tetap di satu-satu lokasi dan melibatkan penggunaan pelbagai bahan dan komponen binaan yang dikeluarkan oleh industri-industri perkilangan yang lain. Keluaran sektor binaan boleh dilihat dalam pelbagai bentuk keluaran seperti bangunan, kerja-kerja kejuruteraan sivil hinggalah kepada kerja-kerja infrastruktur. Dari segi definisi aktiviti sektor binaan mengikut Penjenisan Perusahaan Taraf Antarabangsa (1968) mentakrifkan aktiviti pembinaan sebagai berikut; "termasuk binaan yang baru, penukaran, pembaikan dan perobohan. Pemasangan bagi mana-mana jentera atau alat-alat yang dibuat pada masa binaan asal adalah termasuk, serta pemasangan bagi jentera atau alat-alat selepas binaan asal tapi memerlukan penukaran struktur bagi memasangnya. (Tidak termasuk mana-mana jenis binaan yang dijalankan sebagai kegiatan tambahan oleh kakitangan atau untuk kegunaan, sesebuah pertubuhan yang menjalankan kerja dalam mana-mana lain bahagian bagi penjenisan ini. Kerja-kerja menggali, mengubah beban berat,'shart sinking', dan kerja menggorek yang dijalankan berhubung dengan kerja perlonbongan adalah diiklaskan dalam Bahagian 2 - Perlombongan dan Penggalian)...Pentingnya sektor binaan dalam sesebuah ekonomi boleh dilihat dari pelbagai aspek. Salah satu daripadanya ialah saiz keluaran ataupun nilai kerja-kerja binaan yang dikeluarkan. Sebagai contohnya di dalam tahun 1993, sebanyak Juta $2,867 telahpun dibelanjakan dan ini merupakan 5.4% daripada jumlah KDNK 1983 iaitu Juta $53,582 dan peratus ini menunjukkan sumbangan industri binaan berbanding dengan industri-industri lain, seperti sektor pertanian (21.0%), perlombongan (10.0%) dan perkilangan (20.0%) dalam tahun yang sama. Tahun 1983 ialah tahun sumbangan tertinggi industri binaan kepada KDNK. Sektor binaan negara dijangka mempunyai potensi yang menggalakkan untuk berkembang. Ini boleh dilihat daripada jumlah yang diperuntukan untuk program-program pembangunan dalam peruntukan tahunan di kebanyakkan sektor. Melihat kepada peluang di sektor ini kerajaan melalui agensi-agensinya baik di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri telah mempergiatkan usaha-usaha untuk menggalakkan penglibatan aktif bumiputera di sektor ini. Sehingga kini (1994, sila rujuk jadual 1.1), berdasarkan kepada perangkaan terakhir yang diperolehi, pembabitan kontraktor bumiputera semakin menggalakkan. Jumlah tersebut telah menjangkau kepada 13,466 di dalam pelbagai kelas. Angka ini amat besar berbanding dengan kontraktor bukan bumiputera, iaitu 2,852. Di mana pembabitan bumiputera di dalam sektor pembinaan keseluruhannya adalah merupakan 82.5% berbanding bukan bumiputera 17.5%. Dari perangkaan, segi jumlah kontraktor bumiputera melebihi bilangan bukan bumiputera tetapi secara perbandingan, pencapaian secara menyeluruh adalah kurang menggalakkan.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof. Madya Dr. Dani Salleh
Date Deposited: 18 Feb 2014 04:09
Last Modified: 18 Feb 2014 04:09
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5393

Actions (login required)

View Item View Item