UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Wang simpanan KWSP suatu analisa menurut perspektif perundangan Islam


Mohamed Naim, Asmadi and Ahmad, Muhammad (2002) Wang simpanan KWSP suatu analisa menurut perspektif perundangan Islam. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[img] PDF
Download (8MB)

Abstract

Sejarah perlaksanaan sistem kewangan Islam membuktikan bahawa perlaksanaan sistem tersebut secara teorinya diperolehi melalui kajian-kajian di pihak institusi-institusi pengajian tinggi yang telah mempunyai bahagian pengajian Islam. Jabatan-Jabatan Agama Islam lebih banyak merujuk kepada keputusan yang dibuat oleh tokoh-tokoh akademik dalam fatwa-fatwa mereka. Oleh itu kajian ini adalah menjurus ke arah memperkayakan penyelidikan mengenai sistem kewangan Islam semasa untuk membantu perkembangan ke arah perlaksanaannya dengan lebih menyeluruh. Kajian secara umumnya bertujuan untuk membuat analisa kepada transaksi caruman KWSP khususnya caruman pekerja menurut perspektif perundangan Islam selaras dengan dasar kerajaan yang mahu melihat sistem kewangan Islam sebagai satu sistem yang berjalan seiring dengan sistem kewangan konvensional. Justeru itu, kajian ini menjawab beberapa persoalan iaitu perincian terhadap kedudukan wang KWSP menurut beberapa sudut. Iaitu ia menjurus kepada menentukan kesahihan meletakkan syarat supaya gaji dipotong untuk pencaruman dan menentukan sama ada wang KWSP caruman pekerja wajib dibayar zakat atau sebaliknya. Ia juga mencadangkan beberapa langkah ke arah perlaksanaan pembayaran zakat simpanan KWSP sebagai langkah mengurangkan beban pencaruman di kemudian hari.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HG Finance
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim
Date Deposited: 10 Feb 2014 09:05
Last Modified: 10 Feb 2014 09:05
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/5405

Actions (login required)

View Item View Item