mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Hubungan antara keaktifan dalam aktiviti waktu lapang dan kepuasan pengisian waktu lapang dengan ksejahteraan hidup

Sayuti, Rusimah and Jamaluddin, Zakiyah (2002) Hubungan antara keaktifan dalam aktiviti waktu lapang dan kepuasan pengisian waktu lapang dengan ksejahteraan hidup. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of Hubungan_antara_keaktifan_dalam_aktiviti_waktu_lapang.pdf] PDF
Download (6MB)

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji hubungan antara keaktifan dalam aktiviti waktu lapang dan kepuasan pengisian waktu lapang dengan kesejahteraan hidup. Teknik terbaik persampelan yang digunakan ialah persampelan bertujuan (purposive sampling). Seramai 290 orang pelajar Program Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia yang berada dalam semester kedua sehingga semester ke lapan, sesi November 2001/2002 telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diubahsuai dari McKehnie's Leisure Activities Inventory untuk pembolehubah aktiviti waktu lapang. Leisure Satisfaction Measurement untuk pembolehubah kepuasan waktu lapang dan komponen yang dibina oleh Ragheb(1993), Watts(1982),Edlin & Golanty (1985) serta Hetler (1986) bagi pembolehubah kesejahteraan hidup. Ujian Korelasi Pearson's digunakan bagi mengkaji hubungan antara ketiga-tiga pembolehubah. Sementara ujian T dan ANOVA digunakan bagi mengkaji perbezaan faktor demografi dengan keaktifan dalam aktiviti waktu lapang, kepuasan pengisian waktu lapang dan kesejahteraan hidup. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bagi aktiviti waktu lapang dengan kesejahteraan hidup; hubungan yang signifikan antara kepuasan pengisian waktu lapang dengan kesejahteraan hidup;serta terdapat hubungan yang signifikan bagi keaktifan dalam aktiviti waktu lapang dengan kepuasan pengisian waktu lapang. Sementara itu, kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan antara faktor demografi dengan kesejahteraan hidup; dan tidak terdapat perbezaan antara faktor demografi dengan kepuasan pengisisn waktu lapang. Walaubagaimanapun, kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan faktor demografi dalam melakukan aktiviti waktu lapang.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mdm. Rusimah Sayuti
Date Deposited: 10 Feb 2014 08:59
Last Modified: 10 Feb 2014 08:59
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5408

Actions (login required)

View Item View Item