UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kelewatan menyiapkan projek-projek perumahan kajian di Negeri Perlis


Ismail, Mazlan and Yusoff, Mohd. Nazaruddin and Salleh, Dani (2002) Kelewatan menyiapkan projek-projek perumahan kajian di Negeri Perlis. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[img] PDF
Download (4MB)

Abstract

Dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RM Ke-8) antara objektif pembangunan perumahan adalah meningkatkan peluang semua penduduk daripada pelbagai peringkat pendapatan, mendapatkan rumah yang mencukupi, berkualiti atau mampu disewa. Keutamaan adalah pembinaan rumah kos rendah dan sederhana rendah. Sektor awam dan swasta akan mempergiatkan usaha melaksanakan program perumahan untuk memenuhi permintaan masyarakat. Namun masalah kelewatan penyiapan projek perumahan masih lagi diperkatakan. Rungutan demi rungutan yang dilemparkan oleh pembeli-pembeli terhadap pemaju-pemaju perumahan yang gagal menyiapkan rumah mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan dan mutu pembinaan yang kurang memuaskan. Justeru itu, kajian ini telah meneliti apakah masalah utama yang dihadapi oleh pemaju-pemaju projek perumahan yang menyebabkan mereka gagal menyerahkan rumah kepada pembeli dalam masa yang telah ditetapkan. Sebanyak 10 buah projek perumahan yang mengalami kelewatan telah dikenalpasti dan telah diadakan temubual dengan pemaju-pemaju perumahan terbabit. Hasil kajian mendapati masalah kelewatan datangnya dari pihak pemaju perumahan dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Antara punca kelewatan projek adalah prosedur PBT yang membebankan pemaju, masalah kewangan pemaju, kontraktor kurang pengalaman, kenaikan kos buruh dan sumber serta kelewatan pemaju mendapakan Sijil Layak Menduduki. Pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan yang dapat mengurangkan masalah kelewatan ini, antaranya ialah PBT perlu mengadakan garis panduan pembangunan yang lebih jelas, penyediaan dana perumahan oleh kerajaan dan institusi swasta serta menambahkan pusat latihan teknik dan vokasional bagi peningkatan tenaga mahir dan profesional.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Sr. Dr. Mohd. Nazaruddin Yusoff @ Abdul Rahman
Date Deposited: 10 Feb 2014 08:56
Last Modified: 10 Feb 2014 08:56
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/5409

Actions (login required)

View Item View Item