UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Amalan bid'ah dalam pengurusan dan penyelenggaraan jenazah: Kajian di Kubang Pasu


Abd Rahman, Mohd Nizho and Rofie, Mohamad Khadafi and Osman, Muhamad Khairul Anwar (2003) Amalan bid'ah dalam pengurusan dan penyelenggaraan jenazah: Kajian di Kubang Pasu. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[img] PDF
Download (147kB)

Abstract

Firman Allah yang bermaksud; Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. (Surah al-Anbiya': 35) Setiap muslim yang mengaku beriman pasti menerima hakikat bahawa kematian bukan bererti segala-galanya akan berakhir di situ bahkan ia merupakan babak baru untuk menempuhi babak-babak seterusnya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kepada waris si mati mengurus dan menyelenggara jenazah sebaik-baiknya kerana si mati akan berada di suatu tempat yang disebut Alam Barzakh untuk di soal oleh Allah. Tanggungjawab ini dikenakan ke atas mereka bermula dari rumah sehinggalah ke tanah perkuburan. Dewasa ini situasi ini berbeza kerana timbulnya amalan-amalan bid'ah dalam pengurusan jenazah kerana sesetengah masyarakat menjadikannya sebagai sumber pendapatan tetap (komersial). Selain itu pihak atau keluarga simati terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi bahkan bagi golongan yang kurang berada terpaksa berhutang bagi mengurus dan menyelenggara jenazah. Fenomena ini berlaku kerana hilangnya keikhlasan dan konsep tolong menolong di kalangan masyarakat kini akibat wang menjadi agenda utama apabila berlakunya sesuatu kematian. Apa yang membimbangkan perkara ini akan menjadikan masyarakat bukan Islam membuat tanggapan yang negatif terhadap Islam sedangkan Islam itu adalah agama yang mudah.Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti serta mengukur tiga perkara iaitu, tahap kefahaman masyarakat terhadap perbuatan bid'ah dalam pengurusan jenazah , perbuatan bid'ah yang dilakukan di dalam pengurusan dan penyelenggaraan jenazah dan mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perbuatan bid'ah dalam pengurusan dan penyeleggaraan jenazah di kalangan masyarakat Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik untuk mengukur ketiga-tiga perkara di atas dan ianya dilakukan secara deskriptif. Seterusnya data-data akan dianalisis dengan menggunakan pakej komputer Statistical Package For Social Sciences (SPSS).Kajian ini telah memperlihatkan terdapat ketidakfahaman masyarakat terhadap perbuatan bida'h dan perlakuannya berdasarkan faktor pendidikan, pengalaman dan umur responden. Seterusnya kajian ini mempelihatkan terdapat faktor-faktor yang mendorong berlakunya perbuatan bid'ah akibat menurut kebiasaan, penyerahan kepada institusi tertentu dan tiada kefahaman yang baik tentang pengurusan dan penyelenggaraan jenazah.Hasil kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat mengetahui dan memahami keadaan yang sebenar berhubung pengurusan dan penyelenggaraan jenazah seperti yang dituntut oleh Islam. Kajian ini juga dapat membantu pihak yang bertanggungjawab menjadikan kajian ini sebagai rujukan dan menilai fenomena yang berlaku dan mengenalpasti permasalahan tersebut agar ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Siti Syariza Mohamad Radzi
Date Deposited: 09 Feb 2014 09:02
Last Modified: 09 Feb 2014 09:02
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/5416

Actions (login required)

View Item View Item