mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Suasana politik selepas pilihanraya ke-12 dalam lingkungan 200 hari

Ahmad Sabri, Ahmad Zaharuddin Sani (2008) Suasana politik selepas pilihanraya ke-12 dalam lingkungan 200 hari. In: Prosiding Seminar Politik Malaysia, 28-30 Oktober 2008, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.

[thumbnail of PROSIDING_SEMINAR_POLITIK_MALAYSIA.pdf] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (337kB)

Abstract

Pilihan raya merupakan salah satu asas berkerajaan sendiri dan mengisi kemerdekaan sesebuah negara. Ini adalah satu proses dan satu sistem yang membolehkan rakyat negara bangsa tersebut memilih pemimpin dan parti yang akan membentuk kerajaan. Pilihan raya juga merupakan salah satu asas utama dalam pengamalan sistem demokrasi bagi negara-negara yang telah merdeka (Ramlah Adam, 2003). Selain itu, merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan. Keputusan pilihanraya umum pada 8 Mac yang lalu teleh mencipta satu sejarah baru dalam rekod Parti Barisan Nasional, yang menafikan majoriti dua pertiga BN DI Parlimen dan kekalahan lima buah negeri di peringkat DUN ke dalam tangan pihak pembangkang. Ini merupakan keputusan yang terburuk BN sejak negara mencapai kemerdekaan. Kertas ini akan mengupas serta mengkaji impak pilihanraya tersebut terhadap keutuhan gabungan parti pemerintah, kekuatan "tsunami" pakatan parti pembangkang serta implikasi terhadap rakyat dalam lingkungan 200 hari selepas pembentukan kerajaan baru. Kajian yang dilakukan hanya bersandarkan terhadap kajian perpustakaan. Dengan pengumpulan maklumat bersumberkan berita-berita yang disiarkan dalam arus perdana.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Penerbit: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Universiti Teknologi MARA Shah Alam
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Haji Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri
Date Deposited: 27 Jun 2012 00:28
Last Modified: 27 Jun 2012 00:28
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5579

Actions (login required)

View Item View Item