mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Perundingan negeri Kedah pada masa pemerintahan Sultan Abdul Halim Shah (1882-1943)

Md Dahlan, Nuarrual Hilal and Hussain, Mohammad Azam and Megat Latif, Haji Hairuddin and Abdul Aziz, Abdul Rahman and Yusof, Yuhanif (2005) Perundingan negeri Kedah pada masa pemerintahan Sultan Abdul Halim Shah (1882-1943). Project Report. Pusat Penyelidikan dan Perundingan UUM, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of PERUNDINGAN_NEGERI_KEDAH.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy
[thumbnail of 1.Nuarrual Hilal Md. Dahlan.pdf]
Preview
PDF
Download (346kB) | Preview

Abstract

Undang-undang adalah mekanisme kawalan dalam sesebuah kerajaan bagi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat. Pemerintahan Sultan Abdul Halim (1882-1943) di Kedah dijadikan bahan kajian kerana baginda memerintah negeri Kedah selama enam puluh satu tahun. Di samping itu, baginda memerintah Kedah ketika Semenanjung Tanah Melayu sedang diusahakan oleh kuasa-kuasa Barat yang berpengaruh ketika itu untuk dimasukkan dalam rangka sistem kapitalis dunia. Bermula dari tu, berlakulah penerapan pengarauh Inggeris, pertama melalui penasihat Siam berbangsa Inggeris, kedua Penasihat Inggeris dan setelah itu terbentuk pula Majlis Negeri yang memperkenalkan undang-undang mengikut tahap-tahap pemodenan yang diserapkan oleh unsur-unsur luar itu. Undang-undang yang diperkenalkan oleh Sultan Abdul Hamid melalui nasihat Majlis Negeri adalah menifestasi kemasukan ciri-ciri kehidupan moden dalam masyarakat. Melalui socio-legal study, data-data primer mengenai undang-undang yang diperkenalkan telah dikutip melalui dokumentasi Arkib Negara (laporan tahunan, surat, minit, memo dan sebagainya). Data-data sekunder digunakan bagi menyokong peruntukan undang-undang yang diperkenalkan dan juga bagi mendapatkan sumber bagi peruntukan undang-undang yang tidak ditemui dari sumber primer. Dapatan kajian memperlihatkan: Undang-undang yang diperkenalkan oleh Sultan Abdul Hamid (1882 hingga 1905); Undang-undang yang diperkenalkan selepas penubuhan Majlis Negeri dengan kehadiran Penasihat Siam berbangsa Inggeris (1905 hingga 1908); Undang-undang yang diperkenalkan selepas kemantapan Majlis Negeri dengan kehadiran Penasihat Inggeris (1909 hingga 1943); dan, penyusunan pentadbiran kerajaan dan pentadbiran undang-undang negeri Kedah.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof Dr Nuarrual Hilal Md Dahlan
Date Deposited: 30 Jul 2012 00:49
Last Modified: 28 Jan 2019 03:46
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5603

Actions (login required)

View Item View Item