UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kelewatan pelajar kembali ke kelas


Hamid, Rosnaaini and Mohd. Zunib, Ahmad Rizal (2004) Kelewatan pelajar kembali ke kelas. Working Paper. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[img] PDF
Download (585kB)

Abstract

Kelewatan pelajar kembali ke kelas merupakan sebuah kajian tindakan untuk menengani masalah pelajar lewat kembali ke kelas setelah menunaikan solat di sekolah. Kajian ini hanya menumpukan kepada pelajar sesi petang yang terlibat dengan masalah solat zohor dan asar sewaktu proses P&P sedang berlangsung. Responden yang terlibat seramai 640 orang pelajar manakala sampel yang diperlukan seramai 28 orang iaitu seramai 12 orang untuk mengetahui penggunaan masa solat yang sebenar dan 10 orang untuk mengetahui penggunaan masa untuk wuduk. 2 buah kelas digunakan untuk mengetahui pengaruh kehadiran guru semasa pelajar menunaikan solat di surau. Data dikutip menggunakan kaedah rakaman waktu jam randik, pemerhatian dan temubual. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statiscal Packages for Sosial Science (SPSS). Tiga langkah tindakan berjaya diambil untuk menangani masalah kelewatan pelajar iaitu memberi nasihat, mengubah dan menyusun semula jadual solat pelajar dan mengadakan kawalan guru. Hasil kajian mendapati punca kelewatan pelajar disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman merujuk kepada sikap pelajar manakala luaran pula dipengaruhi oleh faktor fizikal seperti jadual waktu solat dan kawalan guru. Implikasi kajian mencadangkan semua pihak mesti prihatin terhadap masalah solat pelajar di sekolah.

Item Type: Monograph (Working Paper)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Rosnaaini Hamid
Date Deposited: 09 Feb 2014 04:49
Last Modified: 09 Feb 2014 04:49
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/5697

Actions (login required)

View Item View Item