mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Ke arah penubuhan Majlis Patriotisme Negara

Kardi, Nordin (2009) Ke arah penubuhan Majlis Patriotisme Negara. In: Patriotisme kemandirian kita. Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp. 67-86. ISBN 9789834354961

[thumbnail of Nor.pdf] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (245kB)

Abstract

Patriotisme adalah seruan yang bersifat abstrak yang dilaungkan oleh para pemimpin negara, supaya setiap individu rakyat, menumpahkan taut setia kepada negara. Ketaatan pada negara adalah pra-syarat bagi mencapai hasrat pembangunan, kemakmuran dun kesejahteraan hidup semua anggota masyarakat.Patriotisme adalah juga bersangkut dengan keyakinan anggota-anggota masyarakat terhadap hasrat pemerintah demokratik untuk memberikan kemakmuran dan kesejahteraan yang lebih kepada semua.Patriotisme adalah bersifat emotif, yang boleh menyebabkan seseorang itu terpanggil untuk membela tanah tumpah darah, jika ia diancam oleh musuh baik dari dalam mahupun dari luar. Malaysia, tidak pernah sepi dari para nasionalis yang sejak sebelum kemerdekaan hingga kini, yang memberikan peringatan tentang betapa pentingnya setiap rakyat menyayangi tanah tumpah darah - Malaysia.Semangat patriotisme semakin dituntut dalam era globalisasi, kerana tanpanya akan muncul individu-individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri, tanpa menghiraukan maruah negara yang terjejas.Oleh kerana patriotisme itu penting, maka sewajarnya kita merenung kembali proses pemupukannya di peringkat kebangsaan.Walaupun usaha-usaha terus dilakukan, namun ledakan semangat patriotisme itu belum lagi bersifat jitu, kerana peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi kerajaan itu terpencar-pencar.Oleh itu, kertas kerja ini akan membentangkan senario semasa mengenai perlunya semangat patriotisme, masalah pelaksanaan dun akhirnya satu persetujuan perlu diambil untuk membentuk sebuah badan induk bagi memayungi penerusan semangat patriotisme di kalangan semua rakyat Malaysia.

Item Type: Book Section
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 05 Aug 2012 07:14
Last Modified: 05 Aug 2012 07:14
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5706

Actions (login required)

View Item View Item