mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Meritokrasi: Siapakah yang mendapat peluang ke IPTA? Kajian di UUM

Saad, Norazlinda (2005) Meritokrasi: Siapakah yang mendapat peluang ke IPTA? Kajian di UUM. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of MERITOKRASI.pdf] PDF
Download (280kB)

Abstract

Peluang mendapat pendidikan tinggi menjadi fokus dan ukuran kepada individu sama ada dianggap untuk mencapai kedudukan yang lebih tinggi atau dilihat sebagai mekanisme untuk meningkatkan status sosial sesuatu kaum. Sistem meritokrasi dijadikan sebagai garis panduan bagi kemasukan pelajar ke IPTA dengan mementingkan keupayaan dan kebolehan seseorang individu tanpa mengira pangkat, harta, keturunan dan agama. Kajian berbentuk deskriptif ini menggunakan pembolehubah status sosio-ekonomi ibubapa untuk melihat kepelbagaian profil latar belakang pelajar UUM. Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar semester 1 sesi 2004/2005. Kajian ini mendapati pertimbangan ke atas faktor-faktor keperluan seperti latar belakang ekonomi, keluarga, sosial dan pendidikan pelajar-pelajar kurang diberi perhatian. Sekiranya hanya kecemerlangan diambil kira, maka ramai pelajar dari kawasan mundur atau daripada keluarga miskin tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan dan lain-lain akan keciciran untuk melanjutkan pelajaran mereka. Akibatnya jurang sosio-ekonomi antara yang kaya dan miskin akan bertambah lebar. Adalah penting untuk mengiktiraf kecemerlangan pencapaian akademik pelajar walaupun mereka datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau kurang berkemampuan. Justeru, ukuran kecemerlangan (merit) dan keperluan (kemampuan sosio-ekonomi) boleh digunakan untuk mementukan kemasukan pelajar ke IPTA.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: PM Dr. Norazlinda Saad
Date Deposited: 28 Aug 2013 08:11
Last Modified: 28 Aug 2013 08:11
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5886

Actions (login required)

View Item View Item