mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kredibiliti berita akhbar, televisyen, radio dan berita dalam talian

Ahmad, Mohd Khairie and Mohd Hadza @ Othman, Mohd Baharudin and Muda, Suhaini and Hussien, Mohd. Hafidz (2005) Kredibiliti berita akhbar, televisyen, radio dan berita dalam talian. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of KREDIBILITI_BERITA,_AKHBAR,_TELEVISYEN_....pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (594kB)

Abstract

Kajian ini meninjau hubungan di antara kredibiliti berita dengan tahap penerimaan berita. Sejumlah 1779 responden yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi awam Malaysia telah menyertai soal selidik kajian ini. Secara umumnya tahap kredibiliti berita telah dinilai sebagai berada di tahap sederhana. Hasil ujian korelasi menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang signifikan di antara kredibiliti berita dengan tahap penerimaan berita di negera ini bagi berita yang disiarkan oleh akhbar, radio dan televisyen. Namun tidak ada hubungan yang signifikan terhadap penerimaan berita dalam talian (on-line) dengan tahap kredibiliti berita. Selain itu kajian juga mendapati bahawa wujud perbezaan tahap kredibiliti berita berdasarkan aspek demografi. Jantina, bangsa dan bidang pengajian dikenalpasti ada menunjukkan perbezaan terhadap tahap kredibiliti berita. Turut diteliti dalam kajian ini ialah dimensi-dimensi yang menyumbang ke arah tahap kredibiliti berita berdasarkan saluran berita, jenis dan kategori berita.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Mohd. Khairie Ahmad
Date Deposited: 28 Aug 2013 01:44
Last Modified: 21 Dec 2016 02:50
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5961

Actions (login required)

View Item View Item