UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Insiden dan dimensi kemiskinan di Baling Kedah


Che Mat, Siti Hadijah (2012) Insiden dan dimensi kemiskinan di Baling Kedah. Siri Monograf Penyelidikan Ekonomi . UUM Press, Universiti Utara Malaysia. ISBN 978-967-5311-96-3

Full text not available from this repository.

Abstract

Adakah pendapatan yang sedikit itu menggambarkan seseorang itu miskin? Buku ini mengisahkan dan menggambarkan kehidupan penduduk di daerah Baling.Buku ini menegaskan kemiskinan tidak seharusnya diukur dan dilihat dari sudut kewangan sahaja.Penulisan ini berasaskan kajian yang menggunakan pendekatan Multidimensional Poverty Index (MPI) seperti yang dicadangkan oleh Alkire dan Foster (2007), yang melihat kemiskinan dalam beberapa dimensi yang telah dikenal pasti.Data yang digunakan adalah data berbentuk primer yang diperoleh daripada kajian yang dilakukan ke atas isi rumah mengikut mukim yang terdapat di daerah Baling.Kajian dilakukan pada bulan Mac dan April 2011, daripada 200 isi rumah yang menjadi sasaran kajian, hanya 198 yang dianalisis; dua isi rumah lagi tidak memberi maklumat yang lengkap mengenai keadaan isi rumahnya. Walau bagaimanapun, analisis yang menggunakan pendekatan satu dimensi iaitu yang menggunakan pendekatan pendapatan garis kemiskinan (PGK) untuk membezakan antara yang miskin dengan yang tidak miskin juga dilakukan untuk tujuan perbandingan. Ternyata masalah utama yang membelenggu kebanyakan penduduk daerah Baling adalah masalah kekurangan zat makanan dan kekurangan tanah di samping kekurangan ternakan peliharaan.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: School of Economics, Finance & Banking
Depositing User: Dr. Siti Hadijah Che Mat
Date Deposited: 10 Sep 2012 10:33
Last Modified: 20 Apr 2016 01:30
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/5962

Actions (login required)

View Item View Item