UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pengambilan tanah


Ismail, Mazlan and Omar, Ismail (2012) Pengambilan tanah. UUM Press, Universiti Utara Malaysia . ISBN 978-967-5311-840

Full text not available from this repository.

Abstract

Buku ini dimulakan dengan menerangkan isu pengambilan tanah secara keseluruhan.Sering timbul isu dan rungutan orang ramai tentang pengambilan tanah seperti amaun pampasan yang tidak mencukupi dan juga kelewatan membayar pampasan kepada pemilik yang terlibat.Senario pengambilan tanah di luar dan di dalam negara dikemukakan sebagai perbandingan. Seterusnya, buku ini menyentuh ‘konsep pampasan mencukupi’ dalam pengambilan tanah. Prinsip yang diamalkan menunjukkan bahawa pemilik tanah sepatutnya tidak untung dan tidak rugi seperti sebelum proses pengambilan tanah dijalankan. Buku ini juga menyentuh tentang perkara-perkara yang boleh dibuat tuntutan oleh pemilik tanah (yang diambil tanahnya) kepada pihak yang berkuasa iaitu pentadbir tanah.Antara tuntutan yang boleh dibuat ialah amaun nilai pasaran tanah, pecah-pisah, penjejasan terbabit, kacau-ganggu dan sebagainya.Akhirnya, buku ini menyentuh tentang kajian kes yang dijalankan dengan memilih beberapa projek pembangunan dan menganalisis pendapat pihak-pihak yang berkepentingan. Buku ini diharap memberi manfaat kepada pelajar institusi pengajian tinggi dalam bidang-bidang seperti polisi dan pengurusan pembangunan, pentadbiran dan pembangunan tanah, pengurusan dan penilaian harta tanah, aset dan pelaburan harta, perumahan, perancangan bandar, undang-undang tanah, ekonomi tanah, ukur tanah, alam bina, pengurusan projek, bangunan, perancangan bandar, kejuruteraan bandar, geoinformatik dan sebagainya.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD61 Risk Management
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Mazlan Ismail
Date Deposited: 10 Sep 2012 10:36
Last Modified: 10 Sep 2012 10:36
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/5965

Actions (login required)

View Item View Item