mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengautomasian penilaian pelajar

Saleh, Abdul Razak and Ta'a, Azman and Khalid, Ruzelan (2005) Pengautomasian penilaian pelajar. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of PENGAUTOMASIAN_PENILAIAN_PELAJAR.pdf] PDF
Download (5MB)

Abstract

Sistem Makluniat Akademik dan Rekod Pelajar (ASIS) telah dibangunkan oleh Pusat Komputer, Universiti Utara Malaysia pada tahun 1989 untuk membantu pensyarah dan Jabatan Hal Ehwal Akademik memproses markah pelajar. Penyelidikan ini bertujuan membentuk satu sistem aplikasi berasaskan web yang boleh diguna bersama dengan ASIS bagi membolehkan pensyarah mengurus markah sesuatu kursus secara lebih sistematik dan menjalankan analisis statistik terhadap data markah tersebut. Sistem yang telah dibangunkan menyediakan ruang kerja bagi membolehkan pensyarah menginput dan mengedit markah tugasan: projek, kuiz, ujian dan peperiksaan akhir. Bilangan dan bentuk penilaian kursus dan peratus sumbangannya kepada jumlah markah ditetapkan sendiri oleh pensyarah. Data pelajar-pelajar yang mengambil sesuatu kursus diambil secara talian oleh sistem ini dari pangkalan data ASIS setelah proses pendaftaran kursus selesai. Sistem akan menjumlahkan semua sumbangan markah tersebut dan seterusnya memberikan gred mengikut skala yang telah ditetapkan oleh universiti. Sistem juga membenarkan data markah keseluruhan kerja kursus dan markah peperiksaan akhir dihantar ke pangkalan data ASIS secara talian di akhir semester.Sistem dibangunkan dengan menggunakan PowerDynamo manakala data-data markah diproses dengan menggunakan perisian SAS.

Item Type: Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Pengautomasian penilaian pelajar, aplikasi SAS, rekod pelajar
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
T Technology > T Technology (General)
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Dr. Abdul Razak Saleh
Date Deposited: 18 Jul 2013 07:20
Last Modified: 18 Jul 2013 07:20
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5968

Actions (login required)

View Item View Item