mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

The financial performance of co-operatives in Kedah State with relation to industry and size

Hassan, Nor Laili and Mat Noh, Masanita (2005) The financial performance of co-operatives in Kedah State with relation to industry and size. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of THE_FINANCIAL_PERFORMANCE_OF_CO-OPERATIVES.pdf] PDF
Download (241kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui prestasi kewangan koperasi-koperasi di negeri Kedah dan perkaitannya dengan jenis industri dan saiz koperasi bagi meningkatkan kefahaman berhubung dengan pergerakan semasa koperasi. Data diperolehi melalui laporan tahunan koperasi-koperasi bagi tahun 2001 dan 2002 berdasarkan sembilan (9) industri yang berbeza. Ukuran kecairan, leveraj, aktiviti dan tahap keberuntungan adalah empat (4) pengukuran utama yang digunakan dalam menilai prestasi kewangan koperasi. Hasil kajian mendapati wujudnya kepelbagaian dalam prestasi kewangan koperasi. Perbezaan prestasi kewangan di antara pelbagai industri mungkin disebabkan oleh kelemahan pihak pengurusan ataupun polisi agihan faedah yang diamalkan oleh sesetengah koperasi. Kajian ini menggunakan dua (2) pengukuran saiz yang berbeza untuk mengukur kewujudan perbezaan yang signifikan di antara koperasi. Secara keseluruhannya, didapati koperasi yang lebih besar saiznya mempunyai tahap kecairan yang lebih rendah untuk kedua-dua pengukuran saiz. Sebaliknya, keputusan hasil kajian ini tidak konsisten bagi kedua-dua pengukuran saiz untuk lain-lain pengukuran prestasi kewangan. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun koperasi bersaiz besar berupaya menjalankan perniagaaan pada skala yang lebih besar bagi meningkatkan kecekapan penggunaan aset, tidak bermakna mereka dapat meningkatkan keuntungan yang diperolehi. Hasil kajian ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi menentukan strategi yang lebih berkesan untuk meningkatkan prestasi kewangan koperasi.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: College of Business
Depositing User: Mrs. Masanita Mat Noh
Date Deposited: 18 Jul 2013 06:51
Last Modified: 18 Jul 2013 06:51
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5973

Actions (login required)

View Item View Item