UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pengenalan kepada pengurusan konflik antarabangsa


Sakdan, Mohd Fo'ad and Othman, Muhammad Fuad (2012) Pengenalan kepada pengurusan konflik antarabangsa. UUM Press, Universiti Utara Malaysia. ISBN 978-967-5311-46-8

Full text not available from this repository.

Abstract

Buku ini menerangkan secara umum perihal konflik yang sering berlaku dalam hubungan antarabangsa.Penjelasan yang terkandung dalam sembilan bab ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pembaca dan masyarakat tentang pelbagai konflik dan cara menanganinya sama ada secara positif mahupun sebaliknya. Bab pertama memperkenalkan beberapa teori utama dalam konflik antarabangsa yang berupaya memberi idea tentang sebab sesuatu konflik itu wujud.Bab kedua pula menghuraikan faktor-faktor atau pihak yang berperanan dalam konflik hubungan antarabangsa melalui penjelasan tentang faktor-faktor dan instrumen yang sering diterima guna dalam konflik berkenaan.Bab-bab seterusnya memperincikan lagi konflik-konflik utama yang sering menyebabkan pertelingkahan, permusuhan dan peperangan dalam kalangan masyarakat dan negara umumnya.Hal ini melibatkan konflik ideologi, ekonomi, etnik, agama dan sempadan. Akhirnya buku ini menghuraikan beberapa pendekatan yang sering dipraktikkan dalam usaha menangani konflik yang wujud meliputi tatacara kaedah perundingan, perantaraan, timbang tara dan juga pembentukan pasukan keselamatan. Buku ini diharap mampu menggambarkan senario menyeluruh tentang konflik-konflik yang berlaku dalam arena hubungan antarabangsa masa kini.

Item Type: Book
Subjects: J Political Science > JZ International relations
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Mohd. Foad Sakdan
Date Deposited: 11 Dec 2012 00:19
Last Modified: 11 Dec 2012 00:19
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/5985

Actions (login required)

View Item View Item