UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pedagogi dari sekolah ke institut pendidikan tinggi


Shaari, Abdull Sukor (2011) Pedagogi dari sekolah ke institut pendidikan tinggi. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok. ISBN 9789675311727

Full text not available from this repository.

Abstract

Bidang pendidikan memerlukan guru-guru yang berkualiti kerana proses penghasilan guru-guru yang berkualiti dapat menjamin keberkesanan pengajaran.Buku Pedagogi: Dari Sekolah ke Institut Pendidikan Tinggi ini diterbitkan untuk kegunaan institusi-institusi pengajian yang berkaitan dengan pendidikan khususnya untuk pensyarah, pendidik dan bakal pendidik.Buku ini membincangkan amalan-amalan penting dalam pedagogi.Antara kandungan buku ini ialah perbincangan tentang konsep pedagogi dan pengajaran serta konsep ilmu dalam bidang pendidikan.Seterusnya perbincangan tentang model-model pengajaran, mengenal pasti dan membezakan pelbagai jenis model pengajaran dan menjelaskan kepentingan model pengajaran.Seterusnya pelbagai gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran pelajar serta kajian-kajian tentang gaya pengajaran dan gaya pembelajaran pelajar juga dibincangkan.Oleh kerana terdapat pelbagai kekeliruan tentang konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran, buku ini cuba membezakan konsep-konsep tersebut.Selain itu, huraian terhadap pelbagai jenis pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan juga menjelaskan kekuatan dan kelemahan setiap kaedah dan teknik pengajaran juga dimasukkan.Buku ini juga membincangkan beberapa pendekatan pengajaran yang semakin popular dewasa ini iaitu pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan kes.Selain itu, pembelajaran masteri dan pembelajaran koperatif juga dimasukkan.Akhir sekali, buku ini juga membincangkan pengajaran berkesan dari segi dimensi, ciri-ciri pengajaran berkesan daripada pandangan sarjana dan beberapa kajian lalu terhadap sebuah pengajaran yang berkesan.

Item Type: Book
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Madya Dr. Abdull Sukor Shaari
Date Deposited: 11 Dec 2012 01:21
Last Modified: 11 Dec 2012 01:21
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/6094

Actions (login required)

View Item View Item