mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Hubungan antara kerja berpasukan dengan kepuasan kerja ketua panitia sekolah menengah

Veloo, Arsaythamby and Kiew, Hwee Bin (2012) Hubungan antara kerja berpasukan dengan kepuasan kerja ketua panitia sekolah menengah. International Journal of Management Studies (IJMS), 19 (1). pp. 175-191. ISSN 2232-1608

[thumbnail of Ar.pdf]
Preview
PDF
Download (456kB) | Preview
Official URL: http://ijms.uum.edu.my/

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan kepuasan kerja ketua panitia dalam kerja berpasukan berdasarkan jantina, umur dan pengalaman kerja.Di samping itu kajian ini juga bertujuan mengenal pasti penyumbang utama dan hubungan antara lima faktor kerja berpasukan iaitu tindakan pemimpin, struktur perwatakan pasukan, struktur perwatakan individu dan hubungan interpersonal dengan kepuasan kerja ketua panitia.Subjek kajian ini terdiri daripada kesemua 141 ketua panitia daripada sembilan buah sekolah menengah kebangsaan harian di daerah Kuala Krai, Kelantan.Alat ukur kerja berpasukan telah diubah suai daripada kajian Karakus dan Töremen (2008) manakala alat ukur kepuasan kerja telah diubah suai daripada Model Teori Dua Faktor Herzberg (1966) dalam Tay (2007).Kerja berpasukan diukur daripada empat dimensi iaitu tindakan pemimpin (8 item), struktur perwatakan pasukan (7 item), struktur perwatakan individu (8 item) dan hubungan interpersonal (8 item) manakala kepuasan kerja diukur menggunakan 20 item.Dapatan kajian ini dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16.0. Kajian ini menggunakan ujian-t, ANOVA satu hala, Kolerasi Pearson dan regrasi berganda untuk menguji hipotesis kajian.Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wujud perbezaan yang signifikan antara jantina dan umur dengan kepuasan kerja tetapi tiada perbezaan yang signifi kan dengan pengalaman kerja. Keputusan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan antara tindakan pemimpin, struktur perwatakan pasukan, struktur perwatakan individu dan hubungan interpersonal.Kajian ini juga menunjukkan tindakan pemimpin, struktur perwatakan pasukan dan hubungan interpersonal menjadi peramal kepada kepuasan kerja.Hasil kajian mencadangkan pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Daerah serta Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat dengan program latihan dan pembangunan harus menitikberatkan aspek peningkatan pengetahuan dan kemahiran kerja berpasukan khususnya kepada ketua-ketua panitia dalam aspek kemanusiaan, perancangan dan penyelarasan tugas.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kepuasan kerja, kerja berpasukan, jantina, umur, pengalaman kerja.
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Dr. Arsaythamby Veloo
Date Deposited: 14 Dec 2012 03:15
Last Modified: 07 Dec 2014 04:07
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/6166

Actions (login required)

View Item View Item