Ibrahim, Johan Afendi and Ahmad, Mohamad Zaki (2012) Perancangan dan pembangunan pelancongan. Edisi Kedua . Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok. ISBN 9789675311895
Full text not available from this repository.Abstract
Pelancongan merupakan satu industri yang sedang berkembang maju di dunia termasuk Malaysia.Ini disokong oleh pertumbuhan ekonomi global yang semakin baik di samping peningkatan kualiti hidup penduduk dunia seperti kadar pendapatan, kesihatan dan waktu terluang. Kesan daripada keadaan ini, mereka berupaya melakukan perjalanan ke setiap pelusuk dunia untuk bercuti, rekreasi dan tujuan-tujuan lain. Pelancongan dilihat mampu menjadi ejen perubahan terhadap landskap ekonomi, alam sekitar dan sosial sesebuah kawasan. Ia mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan baharu, menjanakan peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada penduduk tempatan serta menggunakan sumber jaya sedia ada sebagai tarikan pelancong.Kerajaan mensasarkan pembangunan pelancongan tertumpu di kawasan-kawasan luar bandar disebabkan lokasi ini mempunyai kekayaan alam semulajadi dan warisan kebudayaan. Perancangan dan pembangunan pelancongan di sesebuah destinasi perlu diuruskan dengan baik supaya destinasi mampu bertahan dalam tempoh yang panjang di samping menyumbangkan manfaat kepada persekitaran.
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | DR. JOHAN AFENDI IBRAHIM |
Date Deposited: | 11 Dec 2012 01:55 |
Last Modified: | 11 Dec 2012 01:55 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/6188 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |