mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Malaysia dalam hubungan antarabangsa serantau

Abdullah, Kamarulnizam, ed. (2010) Malaysia dalam hubungan antarabangsa serantau. Universiti Utara Malaysia, Sintok. ISBN 9789675311376

Full text not available from this repository.

Abstract

Arus perubahan dalam sistem antarabangsa menyaksikan struktur dan isu yang mencengkam kelangsungan hidup negara turut berubah.Cabaran utama kepada negara ialah cara mengadaptasi perubahan demi perubahan yang berjalan agak pantas dan di luar kemampuan negara untuk berhadapaan secara sendirian. Perubahan isu dan struktur global juga mempengaruhi sistem antarabangsa serantau Asia Timur yang mengandungi dua subrantau terpenting—Asia Tenggara dan Asia Timur Laut.Perubahan yang wujud di kedua-dua subrantau ini sudah tentu memberi kesan kepada dasar luar dan diplomasi, keselamataan, dan hubungan dua hala Malaysia dengan negara lain.Malaysia bukanlah satu kuasa global yang berupaya untuk mengubah system antarabangsa.Walau bagaimanapun, Malaysia merupakan negara penting di Asia Timur yang telah menyumbang kepada kemakmuran rantau ini.Persoalan yang timbul ialah bagaimana Malaysia mengadaptasi perubahan sistem antarabangsa serantau dalam dasar luar dan hubungan dua halanya? Sejauh manakah isu antarabangsa serantau memberi kesan kepada kelangsungan hidup negara? Apakah sumbangan Malaysia kepada kestabilan rantau? Sehubungan itu, buku ini mengupas secara selektif impak beberapa isu serantau kepada Malaysia, di samping turut membicangkan peranan dan respons Malaysia terhadap perubahan serantau sejak negara merdeka.

Item Type: Book
Subjects: J Political Science > JZ International relations
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof. Dr. Mohd Kamarulnizam Abdullah
Date Deposited: 13 Dec 2012 06:59
Last Modified: 13 Dec 2012 06:59
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/6287

Actions (login required)

View Item View Item