mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembangunan komuniti dasar, konsep, strategi, dan isu di Malaysia

Salleh, Dani , ed. (2004) Pembangunan komuniti dasar, konsep, strategi, dan isu di Malaysia. Universiti Utara Malaysia Press, Sintok. ISBN 983-2870-44-1

Full text not available from this repository.

Abstract

Pembangunan komuniti merujuk kepada usaha meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan serta kualiti hidup komuniti setempat. Usaha ini boleh dilaksanakan oleh komuniti sendiri atau komuniti bersama-sama dengan agen-agen pembangunan, pihak kerajaan ataupun bukan kerajaan. Pembangunan komuniti sebagai satu strategi pembangunan negara telah menghasilkan kejayaan, khususnya dalam program-program terancang. Kejayaan pembangunan komuniti ini banyak bergantung kepada penyertaan komuniti itu sendiri, di samping pendekatan-pendekatan sesuai yang dipraktikkan oleh pengamal-pengamal pembangunan komuniti.Perkongsian pengalaman di peringkat lapangan dapat membantu kecekapan perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan komuniti.Ini juga menampakkan keperluan-keperluan pendidikan dan latihan khusus untuk melahirkan pekerja-pekerja pembangunan komuniti yang mahir dan terlatih.Ini selaras dengan cabaran-cabaran yang telah dinyatakan dalam Wawasan 2020 dan juga sebagai cabaran dalam era globalisasi.Koleksi kertas kerja ini merangkumi empat bahagian utama, iaitu Dasar Pembangunan Komuniti, Konsep Pembangunan Komuniti, Strategi Pembangunan Komuniti dan Isu-Isu dalam Pembangunan Komuniti.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof. Madya Dr. Dani Salleh
Date Deposited: 13 Dec 2012 07:11
Last Modified: 13 Dec 2012 07:11
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/6294

Actions (login required)

View Item View Item