UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Persembahan graf dalam laporan tahunan: Satu kajian awal ke atas syarikat tersenarai di BSKL


Abidin, Shamharir and Md Saleh, Md Suhaimi and Ahmad Zaluki, Nurwati Ashikkin (2000) Persembahan graf dalam laporan tahunan: Satu kajian awal ke atas syarikat tersenarai di BSKL. In: Seminar Penyelidikan Universiti Utara Malaysia 2000, 6 Julai 2000, Pusat Konvensyen Universiti Utara Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji penggunaan dan penyimpangan penggunaan graf di dalam laporan tahunan oleh syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Daripada 130 syarikat syarikat yang dikaji, 70% (atau 91 buah syarikat) didapati memaparkan sekurang-kurangnya sebuah graf di dalam laporan tahunan masing-masing. Keseluruhannya terdapat 558 buah graf pelbagai bentuk yang digunakan. Graf bar merupakan bentuk graf yang paling banyak digunakan iaitu sebanyak 86.56% (483 buah) daripada keseluruhan jumlah graf.Secara purata setiap syarikat menggunakan enam buah graf bagi setiap laporan kewangan.Daripada keseluruhan 558 buah graf yang dipersembahkan dalam laporan tahunan, 12% daripadanya digrafkan untuk menunjukkan perolehan (turnover) syarikat.Sementara itu, 14.87% dipersembahkan untuk menunjukkan keuntungan sebelum cukai syarikat.Masing-masing hanya 9.5% dan 3.23% yang digraf untuk menunjukkan perolehan sesaham dan dividen sesaham.Keseluruhannya, 39.1% atau 221 graf digunakan bagi mengrafkan petunjuk kewangan utama (Perolehan keuntungan sebelum cukai, perolehan sesaham dan dividen sesaham). Kesemua 221 graf tersebut terdiri daripada graf bar mahupun graf garis. Bahagian yang paling banyak dimasukkan graf pula ialah bahagian Paparan Kewangan dan kemudiannya diikuti oleh bahagian Penyataan Pengerusi/Pengurusan. Kajian menunjukkan bahawa apabila prestasi kewangan syarikat merosot berbanding tahun sebelumnya sebanyak 60.87% syarikat (dalam kumpulan tersebut) memaparkan graf dengan cuba menunjukkan keadaan yang lebih baik iaitu dengan cara membesarkan saiz graf.Bagi kumpulan berikutnya, iaitu kumpulan dengan prestasi kewangan meningkat, terdapat 57.14% mengecilkan peningkatan tersebut dan 42.86% yang membesarkan peningkatan.Akhirnya, bagi kumpulan dengan prestasi kewangan yang tidak berubah, kesemua graf (empat buah) dibesarkan saiznya dengan GDI maksima sebanyak 1072.72.Keseluruhannya, 46.80% syarikat di Malaysia didapati membina graf kewangan dengan tidak mengikut prinsip pembinaan (aspek Pengukuran) yang betul.Peratusan Penyimpangan pengukuran ini adalah graf yang dilukis dengan ketinggiannya yang tidak berkadaran secara langsung dengan nilai numerikal.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 983-2479-01-0 Anjuran: Pusat Penyelidikan dan Perundingan, Universiti Utara Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: College of Business
Depositing User: Dr. Shamharir Abidin
Date Deposited: 30 Dec 2012 07:49
Last Modified: 30 Dec 2012 07:49
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/6460

Actions (login required)

View Item View Item