UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Implikasi kawalan modal terpilih ke atas penawaran dana di Malaysia


Mad, Che Ani and Abd Rahman, Ghazali and Salim, Mahfuzah (2002) Implikasi kawalan modal terpilih ke atas penawaran dana di Malaysia. In: Landskap kewangan 2002. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp. 21-37. ISBN 9832479223

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengkaji kesan Kawalan Modal Terpiiib (KMT) atau "selective capital control" yang telah disumbangsarankan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) ke atas kedudukan penawaran dana jangka panjang dan dana jangka pendek di Malaysia.Mengikut Obben (1998) dan Civcir dun Parikh (1998)) di antara faktor-faktor penentu lebihan atau defisit penawaran dana di Brunei dan di Turki adalah kadar faedah, keluaran dalam negara kasar (KDNK), tahap harga di pasaran dan rezab bersih antarabangsa.Kajian ini cuba mengadaptasikan rangka kerja para penyeiidik di atas untuk mengenalpasti faktor-faktor penentu lebihan atau defisit penawaran dana di Malaysia.Kajian ini telah menggunakan data ekonomi bulanan terbitan Bank Negara Malaysia merangkumi tempoh dari bulan Januari 1995 hingga Disember 2000.Data tersebut telah dibahagikan kepada 3 kelompok jangka masa kajan: Januari 1995 hingga Disember 2000; Januari 1999 hingga September 1998 (sebelum KMT); dan September 1998 hingga Disember 2000 (selepas KMT).Kajian ini mendapati bahawa peningkatan kadar faedah telah memberi rangsangan signifikan yang positif yang menggamit aliran masuk dana, khususnya dana jangka pendek, sebelum berlakunya krisis kewangan dan perlaksanaan KMT.Suasana ini terjadi kerana persekitaran perlaburan yang kondusif dan dasar terbuka ekonomi Maiaysia.Curahan dana jangka pendek tersebut bagaimanapun lebih berperanan sebagai dana spekulatif dan telah mengakibatkan kesan 'Balassa-Samuelson" yang menurunkan tahap produktiviti, niiai KDNK dan seterusnya rezab bersih antarabangsa Malaysia.Kajian ini juga mendapati saranan KMT oleh MTEN telah membantu meredakan kesan curahan wang spekulatif setelah kadar faedah direndahkan.Penetapan (penyepitan) kadar pertukaran ringgit Maiaysia kepada Dollar Amerika pula nampaknya telah mengekang anggutan nilai ringgit yang membantu meningkatkan jumlah ekspot, KDNK dan rezab bersih antarabangsa Malaysia selepas KMT.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: College of Business
Depositing User: Mr. Ghazali Ab Rahman
Date Deposited: 30 Dec 2012 03:20
Last Modified: 30 Dec 2012 03:20
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/6603

Actions (login required)

View Item View Item