mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pajak gadai di Malaysia

Zainal Abidin, Faudziah and Ab Rashid, Rosemaliza (2002) Pajak gadai di Malaysia. In: Landskap kewangan 2002. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp. 115-131. ISBN 9832479223

[thumbnail of Faud.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Skim pajak gadai Islam Ar-Rahn yang ditawarkan oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia dengan kerjasama Bank Negara dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia YPEIM mula bergerak setelah dilancarkan pada 27 Oktober 1993.Skim ini merupakan alternatif kepada pajak gadai konvensional yang telah wujud sejak sekian lama di Malaysia.Skim Ar-Rahn yang berlandaskan hukum syariah dapat mengatasi masalah-masalah operasi pajak gadai konvensional yang dikatakan mengekploitasi golongan bependapatan rendah.Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 dikatakan gagal menangani masalah-masalab tersebut dan memiliki unsur riba bertentangan dengan agama Islam.Pajak gadai konvensional yang telah lama bertapak di Malaysia sejak dari zaman Melaka kini hanya mengalami pertumbuhan kecil.Skim Ar-Rahn kini mula berkembang maju di mana beberapa organisasi seperti Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Bank Islam Malaysia Berhad, Muasasah Gadaian Islam Terengganu, Permodalan Kelantan Berhad, Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Yayasan Islam Melaka dan Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah telah sama-sama menawarkan skim ini.Bilangan cawangan atau kedai pajak gadai Ar-Rahn turut meningkat.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: College of Business
Depositing User: Prof. Madya Dr. Faudziah Zainal Abidin
Date Deposited: 30 Dec 2012 03:19
Last Modified: 01 Dec 2016 05:04
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/6611

Actions (login required)

View Item View Item