mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengaruh amalan bertaqlid kepada Mazhab Syafie di kalangan orang Melayu di Malaysia

Abu Bakar, Mahyuddin (2006) Pengaruh amalan bertaqlid kepada Mazhab Syafie di kalangan orang Melayu di Malaysia. 'Ulum Islamiyyah , 5 (1). pp. 19-35. ISSN 1675-5936

[thumbnail of Mah.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (621kB)

Abstract

Artikel ini dihasilkan bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi masyarakat Melayu Islam terhadap amalan taklid mazhab Syafie khususnya dalam ibadah.Pengaruh mazhab Syafie dalam ibadah masyarakat Melayu Islam di Malaysia sudah berlaku sekian lama dan bergerak selari dengan perkembangan Islam di negara ini.Rujukan daripada bahan-bahan sejarah dan sumber-sumber utama kitab-kitab muktabar dijadikan asas kepada penulisan artikel ini.Kajian mendapati amalan taklid berlaku kerana beberapa faktor seperti peranan para ulama, penguatkuasaan undang-undang, peranan ilmuan agama dan pendakwah serta sistem masyarakat yang kuat berpegang dengan tradisi masyarakat terdahulu.Pengaruh aliran mazhab ini telah membentuk budaya bertaqlid kerana dibolehkan oleh agama memandangkan ijtihad hanya boleh dilakukan oleh individu-invidu yang memenuhi syarat-syarat untuk berbuat demikian.Sungguhpun demikian terdapat segelintir pihak-pihak yang tidak begitu senang dengan keadaan ini kerana bagi mereka budaya bertaqlid kepada sesuatu mazhab boleh mengongkong umat Islam malah menyempitkan umat Islam dan boleh menimbulkan budaya taqlid buta dalam masyarakat Islam.Sebaliknya, pengaruh bertaqlid mazhab Syafie sebenarya telah bejaya mewujudkan keseragaman dalam amalan agama di Malaysia.Keharmonian dalam bertaqlid sebenarya dapat dilihat kerana pandangan daripada mazhab-mazhab lain turut diterima pakai dalam keadaan-keadaan tertentu dengan berpandukan pandangan daripada institusi-institusi agama yang bertanggungjawab dalam urusan keagamaan walaupun dan mazhab Syafie telah diangkat menjadi mazhab rujukan utama dalam sebarang permasalahan yang timbul khususnya berkaitan hukum ibadat.Diharapkan kajian ini akan dapat memberi gambaran yang sebenar tentang senario amalan bertaklid kepada mazhab Syafie di Malaysia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Dakwah, Pengajian Islam, Budaya Taqlid, Mazhab Syafie
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: College of Business
Depositing User: Mr. Mahyuddin Abu Bakar
Date Deposited: 14 Dec 2012 03:52
Last Modified: 14 Dec 2012 03:52
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/6618

Actions (login required)

View Item View Item