mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Profil psikososial penagih heroin yang mengikuti program pemulihan Serenti - Siapakah mereka?

Mohamed, Mahmood Nazar and Ahmad, Rusli and Kasa, Muhamad Dzahir (2000) Profil psikososial penagih heroin yang mengikuti program pemulihan Serenti - Siapakah mereka? In: Seminar Penyelidikan Universiti Utara Malaysia 1999, 1999, Pusat Konvensyen Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of Mah.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (565kB)

Abstract

Kertas kerja ini meneliti profail psikososial penagih-penagih heroin yang mengikuti program pemulihan di pusat-pusat Serenti di Malaysia. Kajian profil psikososial ini dilakukan ke atas 2,817 orang penghuni dari 27 buah Pusat Serenti.Data dikumpulkan secara temuduga berstruktur oleh kaunselor-kaunselor Pusat Serenti dengan menggunakan soalselidik yang dibentuk oleh pauskan penyelidik.Dapatan kajian menunjukkan purata responden mempunyai hubungan baik dengan keluarga.Dapatan untuk aktiviti rekrasi menunjukkan ramai responden mempunyai hubungan baik dengan keluarga.Dapatan untuk aktiviti rekreasi menunjukkan ramai responden terlibat dengan aktiviti berpersatuan sebelum masuk ke pusat.Hubungan Harga Diri (RSES), Kebimbangan (BAI)dan Kemurungan (BDI) dengan jenis aktiviti rekreasi menunjukkan min harga diri adalah tinggi untuk aktiviti bersiar dengan kawan dan melakukan hobi.Kemurungan pula markat tertinggi adalah untuk aktiviti bersiar dan berkawan.Dapatan dari ANOVA sehala menunjukkan tahap harga diri adalah tinggi untuk responden yang melakukan aktiviti bersama keluarga.Kemurungan pula paling tinggi untuk mereka yang melakukan aktiviti bersendirian.Tahap kemurungan dan kebimbangan juga tinggi kepada mereka yang gemar bersendirian dan bersama barang kesayangan.Responden yang suka membaca, melakukan hobi dan bersama barang kesayangan mempunyai tahap harga diri yang tinggi.Dapatan untuk hubungan responden dengan rakan sebaya didapati terdapat rakan sebaya yang mengajak responden mengambil dadah dan 76.1% tahu tempat bekalan dadah.Ujian ANOVA sehala menunjukkan responden yang berkawan dengan penagih mencatatkan nilai kebimbangan dan kemurungan yang tinggi serta tahap harga diri yang rendah berbanding mereka yang tidak berkawan dengan penagih.Tahap harga diri yang rendah, kebimbangan dan kemurungan yang tinggi terdapat pada responden yang mempunyai rakan yang tahu tempat bekalan dadah.Dapatan yang lain ialah tahap harga diri yang rendah dan kecenderungan ke arah kebimbangan dan kemurungan terdapat pada responden yang mudah mempengaruhi tingkah laku rakan sebayanya.Dapatan dari segi jenis pekerjaan didapati responden bekerja sebagai buruh am (25.3%),pekerja am (12.1%) dan buruh kilang (10.2%). Dari aspek psikologi didapati responden yang tiada pengalaman bekerja sebelum masuk Pusat Serenti mencatat tahap kebimbangan dan kemurungan yang lebih tinggi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 9832078121 Anjuran: Pusat Penyelidikan dan Perundingan, Universiti Utara Malaysia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof. Dr. Mahmood Nazar Mohamed
Date Deposited: 31 Dec 2012 03:13
Last Modified: 31 Dec 2012 03:13
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/6696

Actions (login required)

View Item View Item