UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Peranan wakil rakyat dalam parti politik dan komuniti


Brahim, Malike (2012) Peranan wakil rakyat dalam parti politik dan komuniti. In: Prosiding Persidangan kebangsaan Libatsama Universiti dan Komuniti, 22-23 November 2012, Hotel Vistana, Pulau Pinang.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (827kB)

Abstract

Dalam sistem demokrasi berparlimen, peranan wakil rakyat tidak hanya dalam Parlimen dan Kabinet.Dalam konteks politik kepartian, lazimnya peranan wakil rakyat dalam kedua-dua institusi politik ini dibayangi oleh kedudukannya dalam parti politik.Dalam Parlimen, wakil rakyat bukan sahaja mewakili suara rakyat yang telah memilihnya, tetapi turut mewakili kepentingan parti politik yang disertainya.Dalam parti politik, wakil rakyat mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sangat besar.Antaranya mengekalkan kepercayaan dan sokongan rakyat kepada parti berterusan, di samping meningkat kan prestasi parti dalam pilihan raya sehingga mampu membentuk kerajaan.Semua matlamat politik itu tidak dapat dicapai tanpa sokongan rakyat.Jadi, diktum demokrasi adalah kerajaan rakyat; oleh rakyat; dan untuk rakyat amat menepati falsafah politik demokrasi berperwakilan.Di atas prinsip inilah wakil rakyat mempunyai tanggungjawab kepada komuniti yang telah diwakilinya.Merekalah yang berperanan memastikan wakil rakyat itu boleh kekal dalam pilihan raya akan datang atau sebaliknya.Jesteru itu , wakil rakyat perlu memastikan kualiti dan prestasio perkhidmatan adalah memuaskan, di samping daya kepimpinan yang dinamik demi memenuhi kehendak rakyat kerana ia menjamin masa depan politik wakil rakyat tersebut.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-10912-3-4
Uncontrolled Keywords: demokrasi, parlimen, wakil rakyat, parti politik, komuniti
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mr. Malike Brahim
Date Deposited: 31 Dec 2012 06:10
Last Modified: 31 Dec 2012 06:10
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/6823

Actions (login required)

View Item View Item