mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembentukan model semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan peserta Program Latihan Khidmat Negara

Mustaffa, Che Su and Ab Ghani, Rohani and Yusoff, Ismail (2012) Pembentukan model semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan peserta Program Latihan Khidmat Negara. In: Seminar on National Resilience (SNAR) III, 03-05 December 2012, Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka.

[thumbnail of csu.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (398kB)

Abstract

Pemupukan semangat patriotisme dan nasionalisme adalah penting dalam kalangan rakyat sesebuah negara.Pemupukan semangat cintakan tanah air ini dilakukan melalui pelbagai mekanisme.Salah satu daripadanya ialah pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).Sehubungan itu, penyelidikan telah dilakukan untuk membentuk model bagi meramalkan semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan peserta PLKN.Reka bentuk kuantitatif digunakan dalam kajian ini.Data dikumpulkan menggunakan kaedah tinjauan.Populasi bagi kajian ini melibatkan pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang pernah menyertai PLKN.Hasil kajian menunjukkan bahawa model yang diuji adalah sepadan dengan data kajian dan dapat digunakan untuk menjelaskan hubungan di antara pemboleubah.Model struktural telah menggambarkan bahawa kerangka kajian yang dibentuk pada awalnya diterima dengan hubungan signifikan di antara pemboleh ubah bersandar (semangat kesukarelawanan, tanggungjawab sosial, penghargaan kendiri, persepsi terhadap PLKN), dan pemboleh ubah tidak bersandar (semangat patriotisme dan nasionalisme).

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0193-06-9 Anjuran: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: Semangat kesukarelawanan, Tanggungjawab sosial, Penghargaan kendiri, Program Latihan Khidmat Negara
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Dr. Che Su Mustaffa
Date Deposited: 02 Jan 2013 00:05
Last Modified: 27 Feb 2017 01:23
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/6855

Actions (login required)

View Item View Item