mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Islam di Malaysia pada zaman penjajahan Inggeris

P. Rajanthiran, R. Sivaperegasam (2012) Islam di Malaysia pada zaman penjajahan Inggeris. In: Seminar on National Resilience (SNAR) III, 03-05 December 2012, Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka.

[thumbnail of R.Si.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (269kB)

Abstract

Kajian dalam kertas ini yang berlatarbelakangkan disiplin sejarah-perundangan, membincangkan serta merumuskan betapa pada zaman penjajahan Inggeris di (Malaya) Malaysia,peranan Islam telah dipinggirkan dalam sistem pentadbiran dan perundangan negara. Keutamaan sistem keadilan Inggeris pada ketika ini mengatasi sistem keadilan tempatan yang berasaskan Islam dan adat-budaya Melayu, dan fenomena ini jelas sehingga dewasa ini.Menurut sejarahnya, Malaysia telah ditubuhkan daripada gabungan Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Negeri Sembilan, Selangor, Perak, dan Pahang), Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan dan Johor) dan Borneo (Sabah dan Sarawak). Kewujudan pembahagian yang sedemikian adalah akibat daripada campur tangan penjajah Inggeris dalam hal-ehwal negeri-negeri berkenaan bermula dari tahun 1786 (setelah menduduki Pulau Pinang dan menganggapnya sebagai sebuah ―newly- settled territory”) serta disusuli dengan pengenalan Piagam Keadilan I (1807), Piagam Keadilan II (1826) dan Piagam Keadilan III (1855), dan selanjutnya undang-undang Inggeris lain yang lebih luas skop pemakaiannya.Walaupun status dan peranan undang-undang Islam telah berkembang mutakhir ini, namun ianya tidaklah begitu memberangsangkan dan agak terbatas dari segi skop dan pelaksanaannya di Malaysia yang diuar-uarkan sebagai sebuah Negara Islam pada kaca mata dunia.Setelah 53 tahun merdeka, Malaysia semestinya sudah mengorak langkah dinamik ke arah menggantikan sistem common-law Inggeris dengan undang-undang Islam sepenuhnya.Bahana penjajahan Inggeris, persepsi masyarakat Malaysia dewasa ini masih beranggapan bahawa undang-undang Islam bersifat inferior kepada undang-undang common law Inggeris memandangkan undang-undang common-law Inggeris ini terpakai kepada warga Islam dan bukan Islam – manakala undang-undang Islam hanya terbatas kepada orang-orang Islam sahaja.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0193-06-9 Anjuran: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
D History General and Old World > DS Asia
Divisions: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Depositing User: Dr. R. Sivaperegasam P. Rajanthiran
Date Deposited: 02 Jan 2013 00:04
Last Modified: 02 Jan 2013 00:04
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/6860

Actions (login required)

View Item View Item