Ismail, Mohd Mahadee (2012) Etos bangsa sebagai wadah pembinaan negara bangsa: Diskusi pelatih Program Latihan Khidmat Negara. In: Seminar on National Resilience (SNAR) III, 03-05 December 2012, Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka.
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (296kB) |
Abstract
Berdasarkan kepada banci penduduk mengikut kumpulan umur pada tahun 2010, kumpulan remaja yang berumur di antara 15 hingga 24 tahun merupakan kumpulan terbesar di Malaysia. Mereka adalah teras pembangunan negara dan tunjang bangsa pada masa hadapan. Oleh itu, tumpuan, pengembangan dan pembangunan kumpulan ini adalah amat penting bagi menjamin kesinambungan kelestarian negara yang terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran domestik mahupun global.Malah, kumpulan remaja Malaysia kini banyak terdedah kepada pelbagai ancaman gejala sosial dan aktiviti yang tidak bermoral.Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah satu mekanisme untuk menangani permasalahan remaja, memantapkan jati diri mereka dan seterusnya mengikat kesetiaan remaja kepada negara.Kumpulan remaja yang menjalani latihan PLKN seharusnya mampu mendepani apa jua cabaran mendatang dengan minda yang lebih terbuka, sikap yang profesional dan tindakan yang rasional.Sejauhmanakah PLKN mampu mendidik dan membina jati diri golongan remaja menjadi tanda-tanya pelbagai pihak.Oleh itu, bagi mandapatkan kepastian kepada persoalan tersebut, satu kajian telah dilaksanakan ke atas pelatih PLKN.Satu eleman penting yang perlu diberikan perhatian dalam menilai dan mengukur keberkesanan PLKN adalah dari segi 'etos bangs'. Sejuahmanakah etos bangsa telah dipupuk dan terbina dalam diri remaja yang telah menjalani PLKN menjadi fokus artikel ini.Ini kerana etos bangsa dilihat sebagai satu wadah utama dalam merealisasikan pembinaan sebuah negara-bangsa pada suatu masa nanti. Dalam pada itu, etos bangsa juga dilihat sebagai kunci kepada penzahiran gagasan 'Satu Malaysia' yang diutarakan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN 978-967-0193-06-9 Anjuran: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia |
Subjects: | J Political Science > JQ Political institutions Asia |
Divisions: | Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 02 Jan 2013 00:03 |
Last Modified: | 02 Jan 2013 00:03 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/6862 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |