mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pelancongan sempadan: Potensi dan cabaran

Ibrahim, Johan Afendi and Ahmad, Mohamad Zaki (2010) Pelancongan sempadan: Potensi dan cabaran. In: Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke V 2010, 15-17 Oktober 2010, Port Dickson, Negeri Sembilan. (Unpublished)

[thumbnail of J._a.I.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (904kB)

Abstract

Semenjak tahun 1980an, industri pelancongan di Malaysia memperlihatkan perkembangan yang memberangsangkan.Kerajaan memberikan perhatian yang serius kepada sektor ini disebabkan kemampuannya dalam menyumbangkan pendapatan kepada negara disamping meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat.Penggubalan beberapa dasar yang mesra pelancongan, kestabilan politik dan ekonomi, kekuatan sumberjaya pelancongan sedia ada, pembukaan destinasi-destinasi baru serta promosi yang agresif menyumbang kepada peningkatan kedatangan pelancong ke negara ini.Bagi memastikan industri pelancongan terus berkembang, Malaysia mempromosikan pelbagai konsep pelancongan seperti ekopelancongan, agro pelancongan, pelancongan bandar, pelancongan budaya dan sejarah, pelancongan kesihatan, homestay dan sebagainya. Salah satu konseppelancongan yang dipromosikan adalah melancong ke beberapa destinasi yang terletak di sempadan negara.Sebanyak 9 buah lokasi yang menjadi tumpuan pelancong di sepanjang sempadan Malaysia - Thailand. Aktiviti yang popular di destinasi ini adalah membeli-belah yang majoritinya dikunjungi oleh pelancong domestik.Salah satu tujuan kerajaan membangunkan kawasan-kawasan sempadan adalah memberikan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk yang tinggal berhampiran sempadan disamping membuka kawasan-kawasan baru untuk tujuan pembangunan. Apabila disebut tentang pelancongan sempadan, beberapa isu seringkali dikaitkan dengan kawasan ini iaitu corak pergerakan pelancong, dasar pemberian visa, urusan di Kompleks Kastam dan Kuarantin, tarikan dan imej produk yang ditawarkan, corak pembangunan destinasi, status bebas cukai, pihak yang memperolehi manfaat hasil daripada pembangunan kawasan sempadan, keselamatan negara, aktiviti penyeludupan dan sebagainya.Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai pelancongan sempadan berdasarkan konsep dan pengertian, dasar-dasar kerajaan Malaysia terhadap pembangunan di kawasan sempadan, keadaan semasa aktiviti pelancongan di beberapa pintu masuk utama sempadan Malaysia dan Thailand, potensi-potensi yang boleh diceburi dan dibangunkan pada masa depan oleh keduadua pihak disamping isu-isu yang menjadi halangan dalam pembangunan pelancongan di kawasan ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: membeli-belah, pelancongan sempadan, Malaysia dan Thailand
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: DR. JOHAN AFENDI IBRAHIM
Date Deposited: 30 Jan 2013 03:36
Last Modified: 30 Jan 2013 03:36
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7104

Actions (login required)

View Item View Item