UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pelancongan negeri Kedah Darul Aman: Isu dan cabaran


Ibrahim, Johan Afendi and Ahmad, Mohamad Zaki (2008) Pelancongan negeri Kedah Darul Aman: Isu dan cabaran. In: Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008, 20-22 Ogos 2008, Port Dickson, Negeri Sembilan. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Negeri Kedah Darul Aman merupakan antara negeri yang tertua di Malaysia kaya dengan sumberjaya alam semulajadi, warisan bersejarah dan buatan manusia yang berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan. Pada awal tahun 1990an,kerajaan Negeri Kedah mula memberikan perhatian serius terhadap industri pelancongan disebabkan kemampuannya menjanakan pertumbuhan ekonomi negeri, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk dan mengubah landskap pembangunan kawasan luar bandar. Kerajaan menggubal beberapa dasar dan strategi bersesuaian seperti Dasar Kedah Maju 2010, Rancangan Struktur Negeri Kedah 2000 - 2020 dan Koridor Ekonomi Wilayah Utara 2007 - 2025 (NCER) bagi menggalakkan perkembangan pelancongan di negeri ini. Perkembangan pelancongan di Negeri Kedah sehingga kini telah banyak mengubah landskap fizikal terutamanya di kawasan luar bandar dan kawasan terpencil. Kawasan-kawasan ini mula menerima pembangunan hasil industri pelancongan dengan jumlah ketibaan pelancong yang semakin meningkat saban tahun. Penduduk dan kerajaan negeri mula memperolehi kesan-kesan positif akibat pelancongan seperti peningkatan pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan, peluang pemiagaan dan keusahawanan, menerima bekalan infrastruktur dan kemudahan yang berkualiti, perkhidmatan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini industri pelancongan Negeri Kedah mula mengalami beberapa isu yang berupaya mengancam pertumbuhannya pada masa depan. Oleh itu, bagi mengatasi permasalahan yang timbul, beberapa tindakan yang sesuai perlu dirancang dan dilaksanakan bagi memastikan industri pelancongan negeri berada dalam keadaan mapan. Kertas seminar ini akan membincangkan mengenai konsep kesan pelancongan terhadap destinasi, sebab-sebab kerajaan berminat membangunkan industri pelancongan, lokasi-lokasi pelancongan utama Negeri Kedah, statistik kedatangan pelancong mengikut tempat dan pecahan domestik dan antarabangsa, dasar dan strategi semasa kerajaan terhadap pelancongan negeri, isu-isu semasa pelancongan Negeri Kedah dan tindakan yang perlu dilakukan bagi mengatasi permasalahan yang timbul.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: pelancongan, isu dan masalah, Kedah.
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mr. Johan Afendi Ibrahim
Date Deposited: 13 Feb 2013 01:20
Last Modified: 13 Feb 2013 01:20
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/7111

Actions (login required)

View Item View Item