UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pusat bandar Alor Star sebagai destinasi pelancongan warisan bersejarah


Ibrahim, Johan Afendi and Ahmad, Mohamad Zaki (2007) Pusat bandar Alor Star sebagai destinasi pelancongan warisan bersejarah. In: Seminar Kebangsaan Rupa Bandar Malaysia: Mengekal Warisan Membina Identiti, 28-29 November 2007, The Orient Star Resort, Lumut, Perak. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (802kB)

Abstract

Negeri Kedah Darul Aman merupakan antara negeri yang tertua di Malaysia mempunyai banyak peninggalan warisan bersejarah. Beberapa lokasi terkenal di Negeri Kedah yang mempunyai peninggalan tersebut meliputi Alor Star, Lembah Bujarlg dan Langkawi (Makam Mahsuri). Alor Star merupakan sebuah bandar yang kaya dengan peninggalan bersejarah Kesultanan Melayu Kedah dan aktiviti penduduk. Bandar ini diasaskan oleh Sultan Muhamad Jiwa Zainal Abidin Muadzam Shah II pada tahun 1735 yang merupakan pusat pemerintahan yaug kelapan dan terakhir setelah berpindah-randah akibat serangan kerajaan Siam, kerajaan Acheh dan perang saudara. Pada asalnya Alor Star merupakan sebuah pekan pemasaran hasil-hasil tempatan yang terletak di pertemuan antara Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit.Kini Alor Star berperanan sebagai pusat perdagangan dan pentadbiran yang terpenting di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia yang merupakan ibu negeri Kedah Darul Aman. Kertas seminar ini akan membincangkan tentang keunikan tarikan sejarah yang ada di pusat bandar Alor Star, potensi dan peluang untuk membangunkan pusat bandar Alor Star sebagai destinasi warisan yang menarik dan berjaya,cadangan-cadangan bagi membangun dan mempromosi pelancongan secara berkesan dan sempurna.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mr. Johan Afendi Ibrahim
Date Deposited: 13 Feb 2013 01:16
Last Modified: 13 Feb 2013 01:16
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/7113

Actions (login required)

View Item View Item