Ahmad, Mohamad Zaki and Ibrahim, Johan Afendi and Mohd Salleh, Hood (2008) Membangunkan Kuala Kedah sebagai destinasi pelancongan warisan: Penerapan konsep pembangunan pelancongan lestari. In: Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008, 20-22 Ogos 2008, Port Dickson, Negeri Sembilan.
PDF
Restricted to Registered users only Download (225kB) | Request a copy |
Abstract
Di kebanyakan tempat di dunia, warisan yang telah menjadi semakin penting kepada pelancong pada hari ini, dikategorikan sebagai salah satu komponen utama dalam pembangunan pelancongan terutamanya apabila ia digabungkan dengan aktiviti pelancongan dan rekreasi. Malahan, aktiviti perjalanan mengunjungi destinasi berteraskan warisan telah berkembang dengan pesat.Dengan potensi pelancongan berteraskan warisan yang agak besar, Kuala Kedah sebagai sebuah pekan nelayan yang amat sinonim dengan sejarah Kesultanan Kedah yang lampau seharusnya mengambil kesempatan ini untuk membangun sebagai sebuah destinasi pelancongan warisan.Melalui kertas konseptual ini, aspek-aspek seperti definisi dan konsep warisan,pelancongan warisan, interaksi dinamik antara pelancongan dan pemuliharaan, dan ancaman pelancongan terhadap warisan budaya akan dibincang dan diperjelaskan.Potensi dan peluang yang terdapat pada Kuala Kedah untuk membangun menjadi sebuah destinasi warisan yang menarik dan berjaya juga akan dibincangkan dengan memberi penekanan terhadap konsep dan amalan pembangunan pelancongan lestari.Pendekatan pembangunan pelancongan lestari bagi setiap perancangan pelancongan adalah amat diperlukan kerana sekiranya sumber-sumber pelancongan dimusnah atau dimansuhkan, maka sesebuah kawasan atau destinasi pelancongan itu tidak boleh lagi menarik pelancong dan akhimya pelancongan di kawasan berkenaan akan gagal.Ianya juga adalah penting terutamanya bagi penduduk setempat supaya tidak 'menderita' akibat daripada kemusnahan persekitaran dan masalah-masalah lain yang ditimbulkan akibat aktiviti pelancongan yang tidak terkawal. Melalui kertas konseptual ini juga, aspek-aspek yang berkaitan seperti definisi, konsep dan perkembangan pelancongan lestari, pembangunan pelancongan lestari positif, pendekatan konseptual, prinsip pelancongan lestari dan pengurusan pembangunan pelancongan lestari akan turut dibincangkan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN 978-983-3198-21-4 |
Uncontrolled Keywords: | pelancongan warisan, destinasi pelancongan, pemuliharaan, pembangunan pelancongan lestari |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Mr. Mohamad Zaki Ahmad |
Date Deposited: | 13 Feb 2013 00:10 |
Last Modified: | 05 Aug 2014 02:19 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7125 |
Actions (login required)
View Item |