mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kelestarian pelancongan melalui pengurusan sumberjaya semulajadi (alam sekitar): Satu perspektif umum

Ahmad, Mohamad Zaki and Ibrahim, Johan Afendi (2008) Kelestarian pelancongan melalui pengurusan sumberjaya semulajadi (alam sekitar): Satu perspektif umum. In: International Conference on Social, Development and Environmental Studies , 2008, Universiti Kebangsaan Malaysia , Bangi.

[thumbnail of m.z.a.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Memandangkan pelancongan adalah merupakan satu industri yang terbesar di dunia pada masa sekarang, alam sekitar atau sumberjaya semulajadi sering menjadi isu dan agenda penting dalam pembangunan pelancongan.Banyak ciri alam sekitar yang menjadi tarikan kepada pelancong, justeru, menjadikan hubungan antara alam sekitar dan pelancongan adalah begitu rapat.Oleh itu, adalah amat penting untuk memahami hubungan ini sepenuhnya dalam usaha merancang, membangun dan seterusnya menguruskan sumberjaya ini dengan sewajarnya.Sumberjaya semulajadi tidak hanya merangkumi ciri-ciri tanah, udara, air, flora dan fauna; tetapi ianya turut merangkumi aspek sejarah, kebudayan dan warisan manusia. Pelancongan bukan sahaja mempunyai kuasa meningkat atau membangunkan ekonomi, malahan pelancongan juga merupakan faktor yang sering diberikan perhatian dalam pembangunan fizikal alam sekitar.Alam sekitar merupakan teras bagi produk pelancongan oleh kerana keuntungan dalam pelancongan adalah bergantung kepada usaha dan aspek pengekalan daya tarikan sesuatu destinasi yang pelancong atau pelawat ingin saksikan dan alaminya sendiri. Dalam konteks alam sekitar, pelancongan bukan sahaja dapat menjana impak positif malahan impak negatif juga akan berlaku bergantung kepada bagaimana baiknya sesuatu pembangunan itu dirancang, dipantau dan dikawal.Justeru, pendekatan pembangunan lestari bagi setiap perancangan pelancongan adalah amat diperlukan kerana sekiranya sumber-sumber ini dimusnah atau dimansuhkan, maka kawasan pelancongan itu tidak boleh lagi menarik pelancong dan akhirnya pelancongan di kawasan berkenaan akan gagal.Ianya juga penting terutamanya bagi penduduk setempat supaya tidak 'menderita' akibat daripada kemusnahan persekitaran dan masalah-masalah lain yang ditimbulkan akibat aktiviti pelancongan yang tidak terkawal.Jika pembangunan pelancongan dilaksanakan berdasarkan konsep dan pendekatan yang lestari, pelancongan boleh membantu memberikan 'pewajaran' dan dapat mencadangkan langkahlangkah atau alternatif yang boleh diambil untuk pemuliharaan sumberjaya semulajadi termasuk warisan budaya di kawasan yang dibangunkan.Justeru, kertas konseptual ini akan menyentuh dan membincangkan aspek-aspek yang berkaitan seperti definisi, konsep dan perkembangan pelancongan lestari, pembangunan pelancongan lestari positif, pendekatan konseptual, prinsip pelancongan lestari dan pengurusan pembangunan pelancongan lestari.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-983-9321-52-7
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mr. Mohamad Zaki Ahmad
Date Deposited: 12 Feb 2013 08:31
Last Modified: 12 Feb 2013 08:31
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7127

Actions (login required)

View Item View Item