Abdul Karim, Abdul Malek and Mustaffa, Che Su and Md. Nazar, Mohd Azri and Mohd Isa, Abd Rahman (2011) Kajian kepuasan pelaksanaan sistem pengajian tiga (3) semester berbanding sistem pengajian dua (2) semester di Universiti Utara Malaysia. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)
PDF
Restricted to Registered users only Download (1MB) |
|
Preview |
PDF
Download (590kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelajar-pelajar Sarjana, pensyarah dan juga kakitangan pentadbiran terhadap pelaksanaan sistem pengajian tiga semester.Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui pengedaran soalselidik.Seramai empat ratus tiga belas orang responden terlibat dalam kajian yang melibatkan tiga kategori iaitu para pelajar semester A102, pensyarah yang terlibat dengan pengajaran bagi sesi A102 dan staf pentadbiran dengan pengumpulan maklumat berdasarkan jadual kerja, rekod sistem GAIS dan maklum balas daripada staf pentadbiran di Kolej Sastera dan Sains, Kolej Perniagaan dan juga Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa.Soalselidik yang digunakan dalam kajian ini melibatkan dua bahagian iaitu bahagian A berkaitan dengan demografi responden dan bahagian B pula melibatkan soalan-soalan tentang permasalahan yang dihadapi terhadap pelaksanaan sistem tiga semester.Analisis statistik yang digunakan dalam kajian ini analisis deskriptif dan juga analisis inferensi. Hasil kajian ini mendapati bahawa pelajar menyatakan masalah utama yang dihadapi selepas pelaksanaan sistem tiga semester ini ialah berkaitan dengan masalah pembelajaran atau akademik.Bagi pensyarah pula, didapati bahawa masalah utama yang dihadapi ialah tidak dapat memenuhi tanggungjawab hakiki mereka iaitu dari segi pembahagian masa untuk menyelia pelajar sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dengan tugasan pengajaran dalam sistem tiga semester.Bagi staf pentadbiran pula, analisis mendapati permasalahan utama yang dihadapi ialah berlakunya pertindihan tugas dalam kalangan staf pentadbiran dan juga bebanan tugas yang semakin meningkat.Implikasi daripada kajian ini pelaksanaan sistem tiga semester telah menimbulkan masalah bukan sahaja kepada pelajar namun juga menimbulkan kesan kepada pensyarah dan juga staf pentadbiran.
Item Type: | Monograph (Project Report) |
---|---|
Additional Information: | KOD S/O: 12163 |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Prof. Dr. Abdul Malek Hj Abdul Karim |
Date Deposited: | 18 Mar 2013 08:01 |
Last Modified: | 06 Jul 2014 02:31 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7288 |
Actions (login required)
View Item |