mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Liberalisme agama dalam analisis wacana Sisters in Islam di Malaysia

Nordin, Munif Zariruddin Fikri and Abdullah, Suhanim and Mansor, Marzalina (2012) Liberalisme agama dalam analisis wacana Sisters in Islam di Malaysia. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of LI.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (5MB)
[thumbnail of 1.MUNIF ZARIRRUDDIN FIKRI.pdf]
Preview
PDF
Download (532kB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti mengenal pasti identifikasi liberalisme agama dalam wacana Sisters in Islam (SIS); mengenal pasti ciri-ciri leksikal liberalisme agama yang terkandung dalam wacana SIS; menganalisis projeksi keimanan yang ditonjolkan dalam wacana SIS, dan menganalisis bentuk fungsional ayat yang digunakan dalam penyebaran liberalisme agama dalam wacana SIS di Malaysia.Berdasarkan beberapa kajian, liberalisme agama termasuk yang diperjuangkan oleh SIS bertujuan membawa perubahan pemikiran dalam masyarakat Islam.Namun begitu, perubahan yang dihasratkan itu bertentangan dengan aliran pemikiran arus perdana masyarakat Islam di Malaysia. Berasaskan perkembangan ini juga, Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan mengharamkan Islam Liberal pada Julai 2006. Keputusan tersebut dibuat berdasarkan prinsip ‘pemeliharaan agama dan pembangunan dunia’ (hirasat al-din wa ‘imarat al-dunya) dalam siyasah syar‘iyyah. Kajian ini ialah kajian analisis tekstual, yakni analisis wacana agama, yang bertujuan menerangkan, menginterpretasikan dan menghuraikan liberalisme agama dalam wacana SIS di Malaysia. Teks yang dikaji ialah makalah-makalah mengenai undang-undang Islam, feminisme dan kebebasan individu, yang ditulis oleh SIS dalam bahasa Melayu, dari 2006 sehingga 2009. Teks dianalisis menggunakan pendekatan ahsan al-qawl yang dicadangkan oleh Munif Zarirruddin Fikri Nordin (2008). Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa terdapat ciri-ciri liberalisme agama yang dapat dikesan melalui elemen linguistik dan bukan linguistik, iaitu identifikasi, leksikal, projeksi iman dan fungsi ayat dalam wacana SIS. Ciri-ciri yang dimaksudkan antaranya ialah pentafsiran yang lebih terbuka terhadap idea-idea demokrasi, perjuangan hak-hak wanita dan penganjuran kebebasan berfikir.Dapatan kajian juga mempertalikan hubungan antara teks SIS dengan pemikiran, amalan dan strategi yang mereka gunakan untuk menyebarluaskan liberalisme agama. Hasil kajian linguistik ini dapat memberikan sumbangan dari segi peningkatan kefahaman dalam kalangan masyarakat Islam yang berpegang dengan aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah tentang ancaman liberalisme agama dalam wacana SIS.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: KOD S/O: 11917
Uncontrolled Keywords: liberalisme agama, bahasa dan agama, analisis wacana agama
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof.Dr. Munif Zarirruddin Fikri Nordin
Date Deposited: 19 Mar 2013 08:44
Last Modified: 06 Jul 2014 01:09
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7291

Actions (login required)

View Item View Item