mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kesan kefahaman modul program latihan pengendali makanan (LPM) ke atas pengendali makanan di negeri Kedah

Ishak, Noor Azniza and Mustaffa, Jamaludin and Ab Hamid, Kamal and Shaari, Azemi and Hamzah, Mohd Hilmi (2012) Kesan kefahaman modul program latihan pengendali makanan (LPM) ke atas pengendali makanan di negeri Kedah. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of ke.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB)
[thumbnail of 1.NOOR AZNIZA ISHAK.pdf]
Preview
PDF
Download (560kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti profil, tahap, hubungan dan perbezaan bagi pemboleh ubah nilai murni dan dimensinya, kefahaman dan kesedaran dalam aspek kebersihan makanan, diri dan premis perniagaan terhadap pengendali makanan di negeri Kedah. Reka bentuk penyelidikan ini menggunakan kaedah tinjauan di mana sampel yang diambil sebanyak 400 orang responden yang terdiri daripada pengendali makanan di negeri Kedah.Dapatan kajian menunjukkan dari segi tahap nilai murni pengendali makanan berada pada tahap yang sederhana. Manakala tahap kefahaman dan kesedaran pengendali makanan juga menunjukkan tahap yang tinggi.Ujian korelasi yang dilakukan untuk melihat hubungan antara nilai murni dengan kefahaman dan kesedaran tentang kesihatan menunjukkan terdapat hubungan antara nilai murni dengan kefahaman dan kesedaran tentang kesihatan. Namun begitu dari segi perbezaan sebelum dan selepas mengikuti kursus modul kesihatan menunjukkan nilai murni berada pada tahap yang sederhana baik dari segi sebelum mahupun selepas mengikuti kursus tersebut. Sebaliknya dari segi perbezaan sebelum dan selepas mengikuti modul tentang kesihatan dari segi kefahaman dan kesedaran menunjukkan terdapat peningkatan sebelum mengikuti kursus dan semakin ramai yang memahami selepas mengikuti kursus modul tersebut.Secara rumusannya dapatlah disimpulkan bahawa pihak kementerian haruslah peka dengan keadaan pengendali makanan di mana hasil dapatan kajian menunjukkan nilai murni yang diterapkan oleh pengendali makanan semasa menjalankan perniagaan mereka masih berada pada tahap yang sederhana.Jikalau dibiarkan ianya akan menyebabkan kerugian kepada premis perniagaan mereka kerana nilai murni merupakan salah satu faktor daya penarik pelanggan untuk ke premis perniagaan mereka.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Dr. Noor Azniza Ishak
Date Deposited: 13 Mar 2013 06:05
Last Modified: 06 Jul 2014 01:20
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7294

Actions (login required)

View Item View Item